Catatan Ibu

Sabtu, 23 Jun 2012

Perpisahan itu~ Bahagian 1

Buat permata hati ibu, ku coretkan buat kenangan kita...

11 Jun 2012 (Isnin)-
Pagi tu ibu bekerja seperti selalu, alhamdulillah, sudah sembuh dari batuk dan demam... tiba-tiba terasa sesuatu yang ganjil... Ibu bleeding?? Terkejut tapi masih mampu bertenang... Ibu terus telefon ayah, ajak pergi ke klinik.... Tiba di klinik kegemaran ibu, ramai la pula yang menunggu, ibu minta jumpa doktor tapi ibu kena tunggu turn (20 orang) oh tidak...ibu nak segera, taknak tunggu lama-lama...
Kemudian ibu ajak ayah ke klinik lain pulak (tapi target nak doktor wanita sahaja)... Alhamdulillah, tak ramai yang menunggu, ibu minta emergency scan (nak pergi hospital ibu memang takut....) 10 minit menanti, tiba giliran ibu.
Doktor periksa sana sini...dan dia memberitahu, "Maaf puan, puan kena pergi hospital segera... kantung ni dah mengecut dan bayi puan tidak dapat dikesan, ada kemungkinan puan keguguran" saat tu, ibu masih mampu bertenang dan sempat bertanya andaikata ibu ke hospital apakah prosedur yang ibu harus lalui...

Masuk sahaja dalam kereta, ibu tidak mampu lagi membendung air mata dan sebak di dada...ibu menangis semahunya di bahu ayah...fikiran ibu bercelaru, jiwa ibu kosong seketika hingga ayah menyebut beberapa kalimah untuk mengembalikan ibu ke dunia sebenar....

Hati ibu ni degil sikit, ibu ajak ayah balik rumah dulu, rehat dan tenangkan fikiran..sepanjang perjalanan air mata ibu tak henti mengalir..Bukan ibu tak redha tapi ibu takut dengan apa yang akan berlaku selepas ini.. Selesai solat Zohor ibu siapkan kelengkapan untuk ke hospital, ibu dapat rasakan ibu akan bermalam di sana.. Kakak Auni pun pujuk ibu, dia nak hantar ibu ke hospital tapi ibu taknak (silap2 banjir la nti bila asyik menangis), seperti Auni juga merasakan apa yang ibu rasakan... Abang Adani sedang lena sewaktu ibu datang tetapi terjaga tika ibu kucup dahinya, beratnya hati ini untuk meninggalkan mereka..

bersambung.....