Catatan Ibu

Selasa, 13 November 2012

SUATU HARI ITU AKAN TIBA JUGA

Setiap kali diajukan soalan "Bila Adani nak stop nenen?" Jawapan ringkas dari Adani "Suatu hari nanti..." Pernah suatu ketika sewaktu dalam perjalanan balik ke kampung, Adani langsung tidak minta seperti selalu.. terasa sebak seketika, adakah suatu hari itu telah tiba? Ibu masih belum bersedia sayang... Ayah Adani pun terfikir mungkin hari tersebut adalah suatu hari yang Adani pernah ungkapkan dulu... Tiba-tiba air mata ibu bergenang.. :'(
Tapi malamnya aktiviti ibu dan Adani pulih seperti sediakala.. Oh, Adani nak duga emosi ibu ya? ;)

Hari ini genap 10 hari Adani sudah tidak minta seperti selalu... cuma minta untuk "sekejap sahaja" Memang terlalu sekejap, tak sampai pun 2,3 minit.. Ibu tahu suatu hari itu semakin hampir dan ibu juga harus bersedia..

Ibu dan Adani telah melalui fasa 2 tahun dengan indah, suatu kenangan yang abadi dan tiada nilainya. Hati ini sentiasa berdoa agar kenangan itu akan terus kekal di dalam memori Adani sehingga akhir hayat nanti dan perjuangan penyusuan susu ibu juga akan menjadi perjuangan Auni dan Adani.

Semoga kehadiran insan baru yang berkongsi nafas dengan ibu ini akan menjadi penguat dan penerus pejuangan yang tabah dan cekal seperti kakak Auni dan abang Adani. To my lil caliph, semoga Allah sentiasa melindungi dirimu sayang... Buat dirinya yang pernah bersama kami "Ibu sentiasa rindu pada kamu sayang" 

Isnin, 29 Oktober 2012

Fenomena Durian Crepe/Pan Cake/Lempeng


Menyahut seruan entri di blog-blog rakan serta photo teman di muka buku mengenai Durian Crepe
Walaupun tidak secantik hasil tangan mereka tetapi percubaan pertama ini memberi semangat agar percubaan membuat crepe dilaksanakan lagi...







Resepi boleh didapati di :-
Blog Sis Azlita
Blog Kak Zu
Blog Sis Reen Khan
Juga resepi dan tutorial di blog sis Ana





Pan kureng memberi kerjasama sebab asyik melekat lah pulak..Mula-mula kecewa juga..tapi bila dapat tekniknya semangat naik semula.

Tini gunakan resepi dari blog Kak Zu
(Terima kasih atas perkongsian resepi Kak Zu)


Bahan-Bahan
250 gm tepung gandum
1 sudu kecil tepung ubi
2 biji telur
500 ml santan
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil paste pandan ~ tini guna pandan emulco
1/2 sudu kecil pewarna kuning ~ tini bahagikan adunan kepada dua bahagian dan letak warna kuning & satu
                                               lagi pandan emulco
1 sudu besar  butter di cairkan
2 sudu besar gula halus @ castor ~ tini tak letak gula :)

Cara Penyediaan
Satukan kesemua bahan dan kacau hingga adunan sebati ~ nak blender pun boleh
Tapiskan adunan
Panaskan kuali (non stick pan)
Masukkan sesenduk dan ratakan
Masak menggunakan api kecil dan tidak perlu di terbalikkan
Ketepikan lempeng yang telah dimasak dan biarkan seketika

Bahan untuk inti
Cream
Isi durian ~dilecek sedikit


Untuk inti pula tini guna resepi Cream Custard
(Elok disediakan awal dan disejukkan di dalam peti sejuk)
200 gm susu segar
1 biji telur
4 sudu makan gula
1 sudu besar tepung kastad
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu makan mentega

Campurkan semua bahan (kecuali mentega) dan kacau hingga sebati
Masak di atas dapur dengan api sederhana sehingga pekat dan berkilat
Matikan api dan masukkan mentega, kacau hingga rata


Cara menyediakan Durian Crepe

Bentangkan sekeping lempeng, kemudian letakkan sesudu krim kastad
Letakkan sesudu isi durian di atas krim tadi dan tutup isi durian dengan sesudu krim kastad
Lipat dan susun crepe ke dalam bekas
Sejukkan seketika di dalam peti sejuk
Enak dihidangkan sewaktu sejuk



Selamat Mencuba




Rabu, 3 Oktober 2012

Dapur kecil kami


Alhamdulillah, berkat rezeki kurniaanNya aku memulakan langkah setapak lagi.

Dapatkan promosi terkini di Wirdanish HomeBiz

Selasa, 28 Ogos 2012

Penjagaan kulit muka

Hari ini Tini akan memperkenalkan set penjagaan kulit muka yang sedang Tini gunakan... dah sebulan lebih juga dan serasi bersama kulitku ini yang agak sensetif...

Sebelum guna produk ni Tini mencuba suatu produk kecantikan tetapi... kulit tini tidak sesuai dengan produk tu, hajat hati untuk memudar & menghilangkan parut jerawat tetapi setelah 4 hari menggunakan produk tu kulit muka Tini jadi kemerah-merahan, gatal dan melecet (seperti bekas tertumpah air/minyak panas)



Masa kulit dah mula mengelupas memang tak dapat nak senyum...sampaikan nak makan pun tak selesa (selera pun hilang ~kawasan mulut mmg kena teruk-bila terbuka mulut lebih, kulit jadi merekah dan berdarah). Tini sms juga kat penjual tu katanya memang normal awal-awal penggunaan macam tu..Sewaktu nak beli dulu memang dia ada maklumkan akan ada pengelupasan..tapi tak sangka kulit Tini jadi macam ni... :'(  Tapi tetap sabarkan hati untuk melalui proses pembersihan kulit...tapi masuk 3 minggu masih juga mengelupas dengan teruk... Bab ditegur tu memang dah dijangka..daripada suami,anak,mama,adik-adik dan kawan sekerja...Nak sorok mana ni?huhuhuhu....
Dalam fikiran ni nak mencari pakar kulit..tapi kat Labuan ni mana la ada....sabar je lah... 
Akhirnya Tini berhenti guna produk tu sebab gerak hati dah menyatakan ianya tidak sesuai untuk kulit Tini... Bila tengok testimonial pengguna lain, elok je kulit mereka :)

Dalam masa yang sama Tini masih mencari produk yang mungkin sesuai dengan kulit ni (cam tak serik je dia ni kan?) Setelah hampir 2 minggu tidak menggunakan apa-apa produk untuk kulit muka ni (cuma cuci dengan air jer dan pengelupasan tu tetap seperti sebelum ni..sangat sakit, terfikir juga "kulit aku dah makin nipis la ni kan sebab asyik mengelupas...")

Setelah merujuk dan berbincang dengan seorang rakan FB Asma, Tini mulakan set percubaan penjagaan kulit Everlynn (sebenarnya Tini memang tak arif bab nak menjaga kulit ni, tapi sejak parut jerawat menapak ni nak juga cuba baiki dan pulihkan)

Alhamdulillah, sepanjang guna dah sebulan lebih ni, kulit dah bertambah pulih serta tiada lagi pengelupasan seperti sebelum ni..



Selain dari menggunakan set asas, Tini juga gunakan Collagen serum dan Collagen Sheet mask.. Sejak awal penggunaan set Everlynn, Asma la tempat Tini selalu bertanya, kadang pm di FB, ada masanya kami sms.. senang berurusan dengan As.. Sewaktu kulit Tini terlalu kering dan tahap merekah, As siap poslajukan serum dan mask supaya membantu untuk lembapkan semula kulit kering...Buat masa ni Tini gunakan serum 2x sehari (pagi dan malam) dan mask 2 kali seminggu (kalau kulit normal dan tidak bermasalah gunakan 1x seminggu dah memadai)


Pesanan khidmat masyarakat:-
Pastikan produk yang ingin digunakan Halal dan mempunyai sijil KKM ye :)









Rabu, 11 Julai 2012

Perpisahan itu ~Bahagian 3 (Akhir)

22 Jun 2012 (Jumaat)
Ibu bekerja seperti selalu, tapi sejak ibu keluar dari hospital tempoh hari ibu dh mula kurangkan pergerakkan (lebih banyak duduk di tempat sendiri) sebab bila ibu letih atau banyak berfikir tiba-tiba bleeding lagi..adik, bertahan ya sayang..adik kuat macam ibu juga kan.. Ibu kerap ajak adik berbual, bagi semangat kat adik (sebenarnya nak bagi semangat untuk diri sendiri juga)
Petang itu ibu rasa tak selesa, sakit pinggang lah pulak...untuk sedapkan hati sendiri mungkin tulang nak membesar untuk persediaan baby..ibu cuba untuk tidak memikirkan sakit itu dan cuba siapkan kerja sebanyak yang boleh (macam ibu dapat rasakan mungkin ibu harus bercuti selepas ini, kot2 kena bedrest lepas jumpa pakar nanti)

Namun...bila sesuatu yang pelik keluar selepas Maghrib hati ini bertambah risau, jatuh lagi air mata ibu, kerana ibu dapat rasakan perpisahan itu tiba..ibu menangis semahunya tapi dalam masa yang sama ibu tetap berharap adik baik-baik saja di dalam...Malam itu ibu berdoa ditemani air mata hingga terlena..

"Andai dia untukku aku mohon padaMu kuatkan semangatnya, berikan dia kesihatan dan kekuatan, tapi, andai di sini berakhirnya perjuangannya, aku redha kerana aku tahu Allah lebih sayangkan dia.. Adik, ibu bukan mengalah namun ibu tahu Dia lebih mengetahui apa yang terbaik buat kamu sayang, bertahanlah semampu kamu kerana ibu juga bertahan demi kamu sayang"


23 Jun 2012 (Sabtu)
Selepas Subuh ibu mula mengemas pakaian dan barang untuk ke hospital, ibu perlu diperiksa..demi adik ibu rela digodek2 lagi walaupun ibu takut sayang..ibu tahu adik kuat, sebab itu ibu kena tabah dan sabar untuk lalui semua ini..
Syukur alhamdulillah, doktor yang dapat scan adik minggu lepas duty pagi ini, sekali scan sahaja doktor beritahu adik masih ada namun ibu diberi pilihan untuk "isi ubat" atau "tunggu sehingga tarikh janjitemu dengan pakar 27 Jun nti"..Apakah pilihan yang ibu ada sayang?Ibu akan bertahan untuk adik, berjanjilah sayang adik akan bertahan untuk ibu juga..
Ibu ambil keputusan untuk tunggu sehingga janjitemu nanti, ibu akan teruskan perjuangan ini adik, demi adik kerana Allah sentiasa bersama kita.. Ibu tak perlu admit lagi kerana ibu nak rehat di rumah sahaja dan doktor berikan ibu MC sehingga terikh janjitemu itu..

02:00 petang ~Kesakitan itu datang tiba-tiba, seolah-olah contraction hendak bersalin... Ya Allah, selamatkan anakku ini, perlihara adik sebaiknya..adik, bertahan sayang..bertahan untuk ibu,ayah,kakak dan abang.. Ayah tak ada di rumah, ada kelas gantian, ibu cuma mampu berbaring dan berdoa agar kesakitan itu pergi segera..

Jika adik hendak pergi, ibu relakan sayang namun ibu mohon biarlah adik pergi tanpa adik disakiti atau dilukai..

03:30 petang ~Sakit itu bertambah dan disertai dengan pendarahan yang lebih serius..sakit tidak terkata disertai ketakutan di dalam hati ibu..Ibu takut adik tinggalkan ibu... :'(
Dalam kesakitan itu hanya doa menemani..ibu memohon padaNya agar adik bertahan untuk ibu dan ibu dah redhakan andai adik cuma hadir untuk seketika..

06:40 petang ~Ayah ajak ke hospital kerana risau pendarahan yang ibu alami, mujur angah dan adik datang menziarah..Auni dan Adani naik kereta angah untuk membeli beberapa barang untuk ibu di hospital nanti, manakala ibu bersama ayah terus ke hospital..air mata ini bertakung kerana takut adik tidak dapat bertahan..
Tiba di ruang Emergency, ibu lihat ramai orang hingga tiada kerusi lagi yang kosong..ibu terus ke kaunter dan meminta untuk segera diperiksa namun ibu harus tunggu hingga giliran ibu dipanggil... dalam sakit itu mana mungkin ibu bertahan sayang..ibu meluru ke ruang dalam (kebetulan ada beberapa kenalan bertugas malam tu) Ibu terus dibawa ke bilik Pegawai Perubatan bertugas, rehat di sana beberapa ketika..penantian itu agak menyeksakan,,walaupun sakit on off namun ibu sempat bersoal jawab dengan doktor...

08:30 malam ~Ibu dibawa ke Wad Bersalin & Sakit Puan dan seperti biasa perlu bertukar pakaian dan beberapa ujian.. Setelah hampir sejam berehat dan menunggu doktor, ibu dipanggil untuk diperiksa..
Doktor terkejut kena baru pagi tadi ibu berjumpa dia.. "What happen mommy?..dan doktor mula kuliah petang sebab ibu berkeras nak tunggu tarikh janjitemu, mungkin pagi tadi doktor dah tau adik tak kuat lagi.... .apabila doktor scan, ibu dah tak nampak monitor, ibu pandang doktor dan dia hanya senyum... Jururawat dan ambil sesuatu yang belum pernah ibu tengok... Sebelum ini hanya mulut itik yang plastik tapi kali ini macam besi...berdebar hati ibu sayang...Tapi doktor ajak ibu berbual semasa memeriksa, mungkin itu cara untuk menenangkan pesakit macam ibu ni..

Doktor suruh ibu batuk 2,3 kali..dan akhirnya 9:30mlm dia tunjukkan sesuatu kat ibu, "this is your fetus"..adik sudah tiada ;'(   Terasa jantung ini berhenti berdetik, ibu tak mampu menahan air mata lagi sayang, seolah-olah separuh hati ini melayang..ibu bermimpi kan sayang?ini cuma mimpi ibu..

"U nak tanam ke?" soal doktor.. "Yes,thanks doctor" pantas ibu menjawab..walaupun adik masih tiada bentuk tapi ibu tahu itu adik...anak yang ibu bawa selama 3 bulan ini bersama ke mana sahaja, adik yang selalu abang Adani ajak berbual, yang selalu kakak Auni ajar berdoa...
Ya Allah, aku bersyukur kerana pinjamanMu ini membahagiakan kami sekeluarga, dia hadir dalam kebahagian dan kegembiraan dan bila dia pergi Engkau telah tunaikan permintaan ku agar dia pergi dalam bentuk yang sempurna dan tanpa disakiti dan dilukai (tanpa perlu isi ubat atau DnC)


Adik sayang, terima kasih kerana hadir menyinari dan membahagiakan ibu,ayah,kakak dan abang.. Terima kasih untuk kehadiran yang terlalu mengembirakan, ibu redhakan perpisahan ini kerana ibu tahu Allah inginkan yang terbaik untuk kita..Insyaallah kita akan bersua dan bersama nanti, doakan kami untuk bersama adik di Syurga nanti..
Ibu sentiasa mendoakan adik, hadirilah selalu di hati ibu, dalam mimpi ibu dan dekat bersama ibu kerana ruang itu sentiasa untuk adik sayang...

Al-Fatihah buat permata hati ibu, penghuni Syurga

Mulai malam itu, tidur ibu sudah tiada berteman, sudah tiada pelukan dari adik... ibu sendiri lagi :'(
Kuatkan imanku untuk meneruskan hari-hari mendatang...

(Adik, abang Adani selalu peluk perut ibu dan panggil adik...Seperti selalu abang akan ajak adik nenen sama-sama...  Kakak Auni pulak selalu tanya kenapa Allah ambil adik..suatu hari nanti kakak & abang akan tahu mereka ada adik yang menunggu di Syurga)

Isnin, 9 Julai 2012

Resepi-Chocolate Chips Cookies

Tini ingin kongsikan resepi biskut kegemaran tini "Chocolate Chips" Rasanya ala-ala Famous Amos gitu...











Sabtu, 7 Julai 2012

Perpisahan itu ~ Bahagian 2

11 Jun 2012
@ ER Hospital Nukleus Labuan

Ibu admit, doktor scan dan mencari di manakah kedudukan adik... namun tidak dikesan.. ibu mula gelisah tapi ibu tahu adik ada.. doktor ke dua pula scan, jawapan nya sama, mereka tak jumpa adik... Dalam hati ibu tetap mengatakan adik ada, Allah sentiasa menjaga adik...


8:30ml: doktor bertugas malam pula scan buat kali ketiga, Alhamdulillah, adik terpapar di monitor scan, ibu diberi 4biji ubat untuk menguatkan rahim malam tu...Syukur Alhamdulillah, walaupun masih bleeding tapi ibu yakin adik masih bersama ibu..Namun ibu tidak mampu melelapkan mata bila kata-kata doktor bermain di fikiran..Hanya kuasa Allah akan membantu di saat ini sayang..

Doktor beritahu perkembangan adik agak tidak sihat, saiznya tidak mengikut yang sepatutnya namun doktor memberi tempoh 2 minggu untuk memantau perkembangan dan pembesaran adik..dan esok ibu dah boleh balik rumah tapi doktor nasihatkan ibu untuk memastikan rehat secukupnya dan tidak membuat kerja-kerja berat..Jika ada pendarahan atau sakit perut harus ke hospital dengan segera..


12 Jun 2012

Ibu diperiksa oleh doktor pakar sebelum dibenarkan balik, dia menerangkan risiko dan sebarang kemungkinan yang mungkin ibu harus lalui.. Ya Allah, aku mohon kepadaMu, perlihara lah anak ku ini, kuatkan imanku untuk melalui ujian ini...

"Adik,bertahanlah sayang, kita akan lalui semua ini bersama, ibu tahu adik kuat, adik harus kuat seperti kakak dan abang..Percayalah sayang, Allah sentiasa memelihara adik,Allah akan bersama adik, Allah akan menjaga adik.."


* 27 Jun 2012~janjitemu bersama doktor pakar


~bersambung

Sabtu, 23 Jun 2012

Perpisahan itu~ Bahagian 1

Buat permata hati ibu, ku coretkan buat kenangan kita...

11 Jun 2012 (Isnin)-
Pagi tu ibu bekerja seperti selalu, alhamdulillah, sudah sembuh dari batuk dan demam... tiba-tiba terasa sesuatu yang ganjil... Ibu bleeding?? Terkejut tapi masih mampu bertenang... Ibu terus telefon ayah, ajak pergi ke klinik.... Tiba di klinik kegemaran ibu, ramai la pula yang menunggu, ibu minta jumpa doktor tapi ibu kena tunggu turn (20 orang) oh tidak...ibu nak segera, taknak tunggu lama-lama...
Kemudian ibu ajak ayah ke klinik lain pulak (tapi target nak doktor wanita sahaja)... Alhamdulillah, tak ramai yang menunggu, ibu minta emergency scan (nak pergi hospital ibu memang takut....) 10 minit menanti, tiba giliran ibu.
Doktor periksa sana sini...dan dia memberitahu, "Maaf puan, puan kena pergi hospital segera... kantung ni dah mengecut dan bayi puan tidak dapat dikesan, ada kemungkinan puan keguguran" saat tu, ibu masih mampu bertenang dan sempat bertanya andaikata ibu ke hospital apakah prosedur yang ibu harus lalui...

Masuk sahaja dalam kereta, ibu tidak mampu lagi membendung air mata dan sebak di dada...ibu menangis semahunya di bahu ayah...fikiran ibu bercelaru, jiwa ibu kosong seketika hingga ayah menyebut beberapa kalimah untuk mengembalikan ibu ke dunia sebenar....

Hati ibu ni degil sikit, ibu ajak ayah balik rumah dulu, rehat dan tenangkan fikiran..sepanjang perjalanan air mata ibu tak henti mengalir..Bukan ibu tak redha tapi ibu takut dengan apa yang akan berlaku selepas ini.. Selesai solat Zohor ibu siapkan kelengkapan untuk ke hospital, ibu dapat rasakan ibu akan bermalam di sana.. Kakak Auni pun pujuk ibu, dia nak hantar ibu ke hospital tapi ibu taknak (silap2 banjir la nti bila asyik menangis), seperti Auni juga merasakan apa yang ibu rasakan... Abang Adani sedang lena sewaktu ibu datang tetapi terjaga tika ibu kucup dahinya, beratnya hati ini untuk meninggalkan mereka..

bersambung.....

Jumaat, 8 Jun 2012

Ujian buatku

Ujian adalah tanda Allah mencintai seseorang itu. Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: “Sesiapa dikehendaki Allah baginya kebaikan, akan diberikan cubaan kepadanya.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

Semalam tini jumpa doktor lagi, susulan dari pemeriksaan cyct 2 minggu lepas... alhamdulillah, cyct dah semakin mengecil saiznya... Namun, kerisauan sebelum ini masih lagi menjadi tanda tanya... jika 2 minggu lepas kiraan usia kehamilan 7minggu lebih namun heart beat belum dapat dikesan... dan kali ini doktor yang berlainan pula memeriksa...Berdasarkan pemeriksaan Dr. Sharifah, jika ikut kalender usia kandungan dalam 10minggu, dan semasa scan dilakukan, saiz kantung bayi dalam anggaran 8 minggu, namun denyutan jantungnya masih tidak dapat dikesan. Tini diberi pilihan untuk melakukan ujian transvaginal scan either at other clinic or government hospital... Bila diterangkan bab kandungan tak jadi, DnC...mula la jantung ini berdegup kencang...

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Tidaklah seorang Muslim ditimpa penyakit, melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya, seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya.” (Hadis riwayat al-Bukhari)
 
Namun ketika bersendirian air mata ini terjatuh jua....Ujian ini berat buat tini, macam-macam dalam fikiran...Biarpun tini diberi masa untuk melakukan scan tersebut namun kerisauan mengatasi emosi... 
Tika ini hati belajar untuk menerima, kehadirannya adalah anugerah dan pinjaman buat kami, namun andai dia ingin kembali padaNya biarlah dia pergi dengan tenang,tanpa sakit dan dengan sempurna seperti mana dia hadir dulu... Namun, hati ini juga masih berharap untuk bersama dia selama yang mampu, tini ingin membesarkan dia seperti auni dan adani...

Ya Allah, ringankan lah ujian buat hambaMu ini...
"Ya Allah, apabila rezekiku ada di langit, maka turunkanlah, apabila di dalam bumi maka keluarkanlah, apabila di laut maka naikkanlah, apabila jauh maka dekatkanlah, sekiranya dekat maka permudahkanlah, dan sekiranya sedikit maka perbanyakkanlah dan sekiranya sedia banyak maka permudahkanlah untuk mendapatkannya , juga berilah keberkatan terhadap rezeki tersebut dan berikanlah rezeki padaku sebagaimana yang kujangka, dengan rezeki yang halal dan baik, serta banyak lagi keberkatan sehinggakan kutidak memerlukan sesiapa selain dari-Mu, dan jadikanlah kedua tanganku ini berada di atas dengan suka memberi dan menderma, dan jangan jadikan dua tanganku ini di bawah dengan suka meminta-minta, sesungguhnya Engkau amat berkuasa ke atas setiap sesuatu".

Jumaat, 18 Mei 2012

Kurniaan dari Allah SWT...

Alhamdulillah, bersyukur di atas kurniaan rezeki berlipat ganda dariNya.. April ini murah rezeki kami sekeluarga dengan bayaran tunggakan gaji

....lulus peperiksaan akhir (hati girang menunggu saat untuk konvokesyen pula)


  ....dan hadiah besar yang sangat bermakna...




kehadiran ahli keluarga baru...

HASIL MENURUN?

Pastinya ramai ibu yang mengalami atau merasakan susu mereka berkurangan atau merasakan susu mereka tidak mencukupi.

Apakah yang perlu dilakukan apabila mengalaminya?
~ Mengenalpasti adakah benar-benar berlaku penurunan pengeluaran atau sekadar andaian sendiri sahaja

~ Kenalpasti apa punca penurunan (keletihan, stress, kurang sihat, period antara faktor yang menyumbang 
   ke arah kerunduman hasil tuaian)

~ Dapatkan penyelesaian untuk mengatasinya
   1) Saya suka galakkan agar kita sama-sama pastikan jadual perahan secara konsisten~tetap memerah  
       walaupun yag keluar tu ala2 segan) Aplikasikan konsep asas dalam penyusuan "Demand-Supply"
   2) Pastikan pengambilan makanan dan minuman secara sihat dan seimbang 
   3) Mengendalikan stress dengan positif
   4) Sentiasa berdoa agar kita mampu menyusukan anak-anak selama yang mampu
   5) Kawalan minda (apa yang kita fikirkan itulah yang kita akan lakukan), kerap ungkapkan kata-kata
        positif  kepada diri sendiri "Susu saya cukup... susu saya ada.... saya boleh hasilkan lebih lagi"
       ~ Memang benar mengungkapkan itu mudah berbanding yang melalui saat-saat kemerunduman tersebut
          namun itulah antara cabaran yang kita lalui dalam fasa penyusuan ini, cabaran-cabaran itulah yang 
          mematangkan kita dan menjadi panduan di masa akan datang


Buat semua ibu-ibu, kita akan dapat menyusukan anak-anak kita dengan izin dariNya, maka doa dari tini untuk semua agar kita akan dapat meneruskan fasa penyusuan dan menjadikan penyusuan susu ibu sebagai suatu yang tidak mustahil untuk dilaksanakan. 
Happy Breastfeeding

Jumaat, 2 Mac 2012

DEMI MEREKA

Setiap hari berazam untuk menjadi yang lebih baik dari semalam..dan berdoa agar hari esok akan lebih baik dari hari sebelumnya..Tak perlu menunggu suatu tarikh untuk berubah, kerana tidak pasti bila kita akan kembali padaNya..

Anak-anak juga salah satu sebab kenapa ibu bapa perlu sentiasa memotivasikan diri, mereka meniru setiap bait kata dan perbuatan...bersyukur kerana mereka dan demi mereka ibu bapa akan cuba memberikan yang terbaik

Ini permata hati saya ......

Auni... seorang yang periang dan ceria.. (manja sangat pada ayah)
Kakak yang penyayang, sangat peka pada sekeliling (juga sangat sensetif~macam ibu kot)
Juga garang (ala2 guru besar sedang bagi arahan)

Kekuatan untuk meneruskan misi penyusuan adalah Auni, dia selalu tanya kenapa dulu dia tak ada stok susu macam yang Adani ada... (memang rasa bersalah di hati ibu tak pernah padam sebab waktu itu ibu tidak cukup ilmu dan tidak punya kekuatan) Tapi kerana Auni ibu harus kuat dan perlu mencari ilmu. Terima kasih sayang, kerana Auni sentiasa memberi sokongan pada ibu....(selalu tolong siapkan beg pam dan botol susu)






Ini dia chintha hati saya yang always senyum...

Adani.... bodyguard yang selalu mengekori ke mana je langkah saya pergi
sangat manja dan suka kacau kakak Auni buat kerja sekolah...

Budak manja ni lah yang buat ibu lebih sabar dan kuat untuk meneruskan misi penyusuan...mula-mula dulu memang ibu risau dengan alahan (ekzema) yang Adani hidapi, tapi bila ibu fikirkan semula, itulah rezeki buat Adani.. Alahan kat daging lembu,susu lembu dan produk yang sewaktu dengannya, maka ibu kena positifkan diri, mungkin itu salah satu sebab untuk ibu supaya dapat menyusukan Adani dengan susu ibu sampai besar... Insyaallah...

Benar kata orang "Bukan susah nak jadi senang dan bukan susah nak jadi susah" yang penting niat, usaha dan doa berteruskan seterusnya menyerahkan kepadaNya kerana DIA Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya..



Ilmu itu tidak akan habis kerana semakin kita banyak pelajari maka banyak lagi benda baru yang akan kita ketahui...

Rakan seperjuangan di MBFC sewaktu sesi penutupan
bertempat di Nadin Homestay, Kuching, Sarawak

3 hari yang terlalu singkat saya rasa..,seronok menimba ilmu bersama rakan-rakan, banyak info dan pendapat... Semoga perkongsian ini akan menjadi tradisi buat kita semua..

Ada seorang ayah mengikuti bengkel bersama kami (belum kira lagi dengan para suami/ayah di luar dewan yang setia menanti isteri dan anak sedang berkursus)



Ibu menangis?
Ada sebab air mata ini jatuh.. kerana gembira dapat bersama rakan-rakan menimba ilmu, kerana dapat berjumpa dengan para pejuang, kerana bertemu 4 mata dengan para guru kerana saya tidak lagi bersendirian

Perjuangan ini mungkin kecil pada sesetengah pihak tapi perjuangan ini mengajar saya erti sabar,usaha dan motivasi. Di sini saya belajar erti perkongsian dan kasih para sahabat..




Ibu belajar..Adani pun ikut belajar...

Ibu dapat kawan Adani pun dapat kawan baru..

Agak-agaknya nanti Adani boleh lah apply untuk jadi Breastfeeding Peer Counselor jugak ya...

Adani sayang, ini pesanan ibu buat kamu dan kakak (Nanti bila kamu dah besar, mesti kamu akan tahu betapa ibu mengharapkan anak-anak ibu untuk sentiasa menuntut ilmu, ilmu itu tiada hujungnya)




Penyusuan di mana sahaja...

Adani memang tak lepaskan peluang kan?