Catatan Ibu

Jumaat, 11 November 2011

11.11.11, Jumaat

Alhamdulillah...tarikh yang cantik kan..ada yang memilih untuk nikah pada tarikh ini? Atau ada yang sedang menunggu kelahiran permata hati pada hari ini? Semiga segala yang dirancang itu akan berjalan dengan lancar...

Minggu lepas dalam jam 2.30 pagi saya terjaga, pusing kanan...pusing kiri..tak juga mahu lelap...lantas buka laptop dan lepak di KIM...buka email???? Memang hati ini berdebar-debar kerana keputusan peperiksaan akhir akan boleh dijana mulai 04.11.2011 jam 9 pagi..TAPI dalam emel dah ada...buka ke tak? lepas ke tidak? huhuhuhu...dalam dilema...

.....

...

..

.


Alhamdulillah..LULUS..
Tak sabar nk mulakan semester baru (semoga semester akhir ini akan dapat aku selesaikan dengan jayanya..AMIN)



Pagi ini saya mendapat satu emel yang cukup membuatkan rasa gembira yang sukar untuk diungkapkan...Rezeki untuk menimba ilmu..



Alhamdulillah..peluang untuk menimba ilmu daripada tenaga penceramah dan sifu susu ibu di MBFC.

Tak sabar rasanya untuk berkampung di sana

Selasa, 8 November 2011

FAKTA EVIDENCE BASED MEDICINE by Dr,. Nadrah

Hari ini saya ingin berkongsi info yang saya dapat dari wall Dr. Nadrah Arifin. Jom baca n fikir2kan

Nadrah Arifin
Harini saya dpt msg promosi dr smbody "Klu kita dah maintain pengeluaran susu dgn baik,tp susu masih merudum, maknanya ibu tu kekurangan kalsium, so belilah set utk menyusu ni dgn saya ye"...hahh?? Fakta apa nih? FIY, ni saya bg fakta EVIDENCE BASED MEDICINE ye...sila baca satu persatu dibawah ini. Saya faham anda nak lakukan produk, tp jgn smpi anda manipulate fakta n manipulate penyusuan susu ibu.




Pertama: Kandungan kalsium dlm breastmilk tidak berubah walaupun seorang ibu tidak mengambil sebarang calcium supplement dan tidak mengambil sumber makanan yg mengandungi banyak kalsium. Badan ini terlalu bijak dijadikan oleh Tuhan utk menghasilkan kalsium sendiri dlm susu ibu utk bekalan si bayi. Terdapat bbrp kajian juga telah membuktikan bahawa penganbilan supplement kalsium oleh ibu menyusu langsung tidak menaikkan level kalsium dlm susu ibu.

Kedua: Yang message saya suruh beli vitamin Bco utk naikkan kualiti susu ibu...maaf, saya berpegang kpd evidence-based, bukan pengalaman based. Vit B adalah vitamin larut air, maka mudah juga di serap kedalam susu ibu. Oleh itu, anda yg makan vit B akan mengalami perubahan warna susu ibu iaitu kekuningan dan nampak pekat, tapi sebenarnya yg masuk ke dalam susu ibu tu adalah vit B, malah sisa degradasinya juga.

Ketiga: Kajian juga membuktikan bahawa kualiti susu ibu yg tidak berbeza dgn ibu yg di negara maju, negara membangun, dan negara mundur dan miskin, maknanya antara ibu terlebih makan, makan ikut suka hati, atau memang tak cukup makan. Atas dasar ini jugalah terhasilnya Carta Pertumbuhan Kanak2 WHO (WHO growth chart) yg membuktikan anak2 yg disusui susu ibu dari pelbagai benua menghasilkan carta perkembangan yg sama, tidak ada beza. So, di manakah basis anda yg cuba msg saya itu mengatakan sbg susu yg terhasil dr ibu yg mengambil supplement yg anda jual akan mempunyai tahap perkembangan yg baik disebabkan supplement yg diambil diserap ke dalam susu ibu seterusnya disalurkan kpd bayi?

Keempat: Sebelum kita terpengaruh dgn penjual supplement's promotion, mari kita lihat diri kita, pertama tengok perut, ada lipatan spare tyre tak walaupun halus? Kedua, buat carta makanan harian anda, kaji apa yg anda makan dan berjumpa dgn pakar pemakanan, bukan penjual supplement....tentu anda dapati sebenarnya anda dah terlebih zat! Saya cabar anda berjumpa saya dan saya boleh quote nilai zat dlm mknn harian anda.

Keempat: sedarkah anda yg anda boleh sakit disebabkan terlebih vitamin dan garam galian? Kaji kandungan kalcium anda..calcium carbonate? Mahukah anda mengalami batu karang di kemudian hari? Adakah anda menjalankan senaman/exercise (bukan termasuk kerja rumah seharian ya) sebanyak minimum 3 kali seminggu selama minimum 30minit berpeluh setiap sesi? Kalau tak, berhati2 dgn calcium supplement anda kerana anda terdedah kpd risiko batu karang juga osteoporosis juga. Kalsium yg diambil dr tak kira sumber apa pun memerlukan aktiviti kecergasan di atas utk diserap dan disimpan kukuh dlm tulang....kalau tak, tulang anda akan menjadi umpama simen yg rapuh kelak. Sedarlah segera.

Kelima: Jgn cuba kelirukan ibu2 tentang kandungan kalsium dlm susu ibu dgn susu formula. Ya, memang betul kandungan kalsium dlm susu ibu lebih rendah dr yg terkandung dlm susu formula, TAPI telah dibuktikan bahawa penyerapan dan penerimaan kalsium dlm susu ibu oleh bayi adalah 2 hingga 3 kali lebih tinggi n mudah berbanding penyerapan kalsium dlm susu lembu, oleh itu susu ibu tetap tak dapat ditandingi. Namun kajian juga telah membuktikan bahawa penambahan pengambilan suplement kalsium oleh ibu menyusu langsung tidak akan menambah kandungan kalsium dlm susu ibu yg dihasilkan krn Tuhan maha bijaksana dlm menentukan apa level terbaik utk seorang bayi.

Keenam: Tahukah anda sesetengah vitamin tidak ditapis oleh payudara seterusnya disalurkan berlebihan melalui susu ibu? Sama juga spt mengandung, sesetengah vitamin tidak ditapis oleh uri dan disalurkan kpd bayi? Jaga2 dgn vitamin A dan E. Kesan negative serius boleh berlaku jika berlebihan dos (hanya recommend supplement A dan E kpd yg mmg pasti tidak dapat mengambilnya dlm diet seharian). Oleh itu, kaji diet harian anda dahulu.

Ketujuh: Vitamin supplement boleh menambah pengeluaran susu? Kalau betul boleh, mengapa anda yg claim pernyataan ini masih menyarankan ibu2 memahami dan meneruskan konsep supply and demand utk memastikan kelancaran pengeluaran susu ibu? Dan mengapa sebenarnya ramai ibu yg mengambil vitamin/supplement yg dicadangkan dan mengikut aturan ambilan tertentu yg disarankan oleh penjual telah memenuhi inbox message saya samada di FB mahupun di email dgn kecewanya terhadap "usaha" membeli supplements seperti ini? INGAT! Konsep sebenar supply n demand adalah jawapan sebenar. Kpd yg bermasalah penurunan pengeluaran susu badan, saya sarankan anda berjumpa dgn konsultan/kaunselor laktasi yg betul untuk dibantu dan sama2 mengkaji punca permasalahan susu merudum (bukan konsultasi melalui email/FB/telefon dlm hal ini) krn approach yg diberikan sgt terperinci mengikut masalah individu.

Kelapan: Adakah bermakna pengambilan pelbagai supplement itu salah? TIDAK SAMA SEKALI. Kita bebas mengambil apa2 supplement, namun jika anda seorang terpelajar, anda boleh membuat kajian betul dahulu tentang menu diet harian anda sebelum decide utk menambah vitamin dlm senarai keperluan harian anda. Pernahkah anda dengar tentang detoksifikasi? Ia terdiri dari diet khas pelbagai vitamin dan mineral yg diambil dlm bbrp hari shj. Anda boleh mencuba, tapi menu diet terbaik dihasilkan dari sumber smulajadi dan itulah yg telah dibuktikan. Anda boleh mengambil vitamin dan supplemen utk kesihatan anda, tetapi utk mengaitkan dgn keperluan khas ibu menyusu/menggalak pengeluaran air susu adalah sangat TIDAK BERETIKA sekiranya anda adalah seorang yg memperjuangkan penyusuan susu ibu.


Kesembilan: pukul berapa anda keluar rumah untuk bekerja dan pulang kerumah kemudiannya? Bila matahari belum terbit dan bila matahari dah terbenam? Pernah anda bersenam atau beriadah di taman pada waktu pagi di setiap hujung minggu atau hanya duduk buat kerja2 rumah di kala cuti? Kalau mcmtu, lupakan utk dapat vitamin D, sebab yg terbaik adalah dari sumber matahari. Takut matahari sebab UV lantas anda mengambil vitamin E? Tahukah anda matahari pagi adalah yg baik, bukan yg terik atas kepala, sekadar pengambilan vit E tidak menghentikan or melambatkan proses penuaan jika anda tidak memakai sunblock yg sesuai. Kenapa saya sentuh vit D? Sebab ia penting membantu penyerapan kalsium dari usus. Oleh itu, jgn takut matahari pagi. Kan senang dgn rutin harian dan diet yg neutral.

Kesepuluh: Supplements boleh mengelak diabetes? Ramai pesakit dah buat, tapi tetap dpt diabetes. Kenapa? Sebab senaman dan pemakanan mengikut sukatan piramid tidak diamalkan. Anda tahukah piramid makanan? Semua boleh tunjuk piramid tu, tapi bila saya tengok post2 makanan di FB masing2, fuhhh..semua jadi piramid terbalik. Cara terbaik memahami piramid makanan, jumpa pakar pemakanan berdekatan anda, bincang ikut kesesuaian xtvt harian anda walaupun anda tak sakit. That day bila waktu SGM yg saya bincang, rata2 participants pelik n terkejut bila saya bgtau sukatan makanan yg sepatutnya mengikut hidangan setiap jenis makanan.












Jumaat, 28 Oktober 2011

PRINCESS AUNI

Inilah dia Puteri ibu..
Dah lama auni idamkan baju Princess ni, apalagi bila dapat warna favouritenya PINK gitu

Baju ni kiriman dari nenek Anik dari Brunei, baju naik feri tu..bila nampak saja baju ni, kelu lidah tak terkata... terus tukar baju yang dipakai..hihihi

Lepas tu mulalah menari ala Anggelina Bellerina...

Terima kasih nene Anik... auni cakap "nanti nene mau kasi beli lagi kaler blue n orange"~iya ka nene?

Khamis, 27 Oktober 2011

Teknik betul memberi susuibu perahan (SIP) oleh pengasuh

Susu ibu adalah makanan bagi bayi dan kerjasama pengasuh amat diperlukan sepanjang 2 tahun tempoh penyusuan.
Panduan ini perlu kita berikan kepada pengasuh diharap sedikit sebanyak dpt membantu mengendalikan penyusuan bayi dgn baik.

Elakkan memberikan SIP ketika bayi menangis.bayi mungkin hanya memerlukan perhatian pengasuhnya.
  1. Lihat tanda-tanda bayi mahukan susu seperti kelihatan resah dan mula menghisap jarinya.Berikannya SIP berdasarkan tanda-tanda tersebut dan bukannya mengikut jadual.
  2. Berikan bayi minum secara menegak dan kepalanya diampu menggunakan tangan dan bukannya lengan.
  3. Gunakan puting botol susu bersaiz kecil.
  4. Jangan tolak puting ke dalam mulut bayi tetapi biarkan bayi memasukkannya sendiri ke dlm mulutnya.
  5. Biarkan bayi berhenti minum dan rehat pada setiap penyusuan. Ini boleh mengelakkan bayi minum terlalu laju.
  6. Bayi yg akan menentukan bila dia patut berhenti minom. Jangan paksa dia habiskan kesemua SIP yang ada dlm botol.
  7. Jika bayi kelihatan gelisah,minta pengasuh berikannya sesudu kecil SIP yg ada didlm botol.
  8. Pada waktu-waktu peralihan bulan (growth spurt) seperti usia bayi 3 bulan dan 6 bulan,lbh byk SIP diperlukan bagi membantu pengasuh mengawal keadaan bayi yg mungkin kerap meragam.

Sumber Majalah PA&MA

PENYIMPANAN DAN PENGENDALIAN SUSU IBU PERAHAN/SIP (EBM)

Hari ini saya ingin berkongsi mengenai pengendalian susu ibu yang diperah..Info ini saya perolehi daripada Kumpulan Ibu2 Menyusukan (KIM).


TAHUKAH ANDA?

Bagi ibu yang berkerjaya, Susu ibu boleh diperah dan disimpan untuk diberikan pada bayi. Susu ibu mengandungi sel hidup? Sebab itu, susu ibu yang diperah perlu disimpan dengan kaedah yang betul untuk memastikan kandungan nutriennya terpelihara dan tidak musnah. Susu ibu sebenarnya mempunyai bahan anti-bakteria yang membolehkannya kekal segar dan tahan lama.


ISTILAH- ISTILAH PENTING SUSU IBU YANG DIPERAH

* EBM = Expressed Breast Milk

* Fresh EBM = Susu yg baru diperah

* Chilled EBM = Susu yg dah perah, disejukkan bhgn sejuk (bukan beku). chilled EBM akan membentuk dua lapisan, ia bukan basi

* Frozen EBM = Susu yg simpan dlm tempat beku


BEKAS PENYIMPANAN YANG SESUAI

* bekas plastik atau botol susu bebas BPA (Bisphenol-A)

* bekas kaca atau bekas plastik berbucu keras (seperti Tupperware)

* breast milk storage liners yang memang dikhususkan untuk menyimpan perahan susu ibu

* Bekas dadih - Ianya boleh digunakan sehingga 3 kali sebelum dibuang.


Pastikan setiap bekas penyimpanan telah dibersihkan, disteril dan dikeringkan dengan sempurna sebelum digunakan. Nak tau di mana boleh dapat bekas penyimpanan ni boleh terjah ke blog DUNIA SUSU IBU. Sana banyak info diberikan.


Apabila susu telah disimpan di dlm bekas, pastikan setiap bekas ditandakan dgn lebel.


* Tarikh Perahan (Guna susu yang terdahulu)

* Waktu perahan (Guna susu yang terdahulu)

* Kuantiti susu yang diperah

* Nama Bayi (untuk mengelakkan tertukarnya perahan susu ibu tadi jika ramai bayi di taska/ pusat jagaan harian)


Simpan susu dalam kuantiti mencukupi untuk 1 kali penyusuan untuk 1 bekas, contohnya 2 – 4 oz sahaja setiap bekas untuk mengelakkan pembaziran.


TEMPAT PENYIMPANAN


SUHU BILIK

* Jika bilik tidak ber-AC (aircond) (25 oC - 37 oC), disarankan tidak lebih dr 4 jam

* Jika bilik ber-AC (15 oC - 25 oC), boleh sampai 6-8 jam


catatan: suhu di atas harus stabil, cth bilik ber-AC, tidak dioffkan spjg botol ASI ada di dalam bilik tersebut.

- picture from mama Muzfirah @ http://mom2muzz.blogspot.com/2009/12/storing-breast-milkthawing-frozen.html


FRIDGE/FREEZER

Peti Sejuk (1 pintu) - bahagian beku - 2 minggu

Peti Sejuk (2 pintu)

- bahagian beku (-20 °C) - 3 bulan

- pintu bawah(rak paling atas) (2 °C- 4 °C)


(sebelum dibekukan) - 3-5 hari (hari yg ke 5, masukkn terus ke bahagian beku)

(selepas dibekukan>>chiller) - 24 jam

Deep freezer, tahan antara 6 bulan

Jika ibu menyimpan susu di dalam tempat pembeku yang mempunyai suhu sehingga -1 darjah celcius, susu boleh tahan selama 1 tahun


BEKAS PENYEJUK

cooler bag/box (0-4 °C), tahan sehingga 12-24 jam


PERINGATAN:

* susu yang dah dicairkan tidak boleh dibekukan semula

* susu yang dipanaskan tidak boleh disimpan sejuk semula


TIP DAN CARA PENYIMPANAN


Di Pejabat

* Simpan susu yg telah diperah di bahagian bawah peti sejuk dan bukan di bhgn beku. Ini bertujuan memelihara kehilangan antibodi akibat pembekuan (susu ibu yg dibekukan masih jauh lebih baik daripada susu formula kerana susu ibu mengandungi antibodi)

* Jika tiada peti sejuk, simpan di dalam cooler bag yang diletakkan bersama pek ais


Di Rumah

Simpan sebanyak yg boleh dibahagian bawah peti sejuk dan sedikit shj dibhgn beku.

* Susu yg disimpan dibhgn bawah akan dibekalkan kepada bayi untuk bekalan hari esok.

* Susu yg disimpan dibhgn beku adalah untuk dijadikan stok beku perahan susu ibu.


Contohnya: Katakan anak anda 1 hari minum 4 botol susu perahan. Jika satu hari kita berjaya mengumpul 4 botol susu perahan semasa bekerja. Bila pulang ke rumah, simpan 3 botol susu perahan baru di bahagian bawah peti sejuk untuk kegunaan esok hari dan 1 botol lagi ke dalam bahagian beku. Sebagai ganti, keluarkan 1 botol EBM yang bertarikh paling lama dari bahagian beku ke bahagian bawah peti sejuk untuk dicairkan untuk kegunaan esok hari.


JANGAN BUAT!! JANGAN BUAT!!


* Jangan simpan susu perahan di bahagian pintu peti sejuk kerana suhu di bahagian pintu tidak stabil (kerana kekerapan membuka dan menutup pintu peti sejuk). sebaiknya simpan susu perahan di bahagian paling atas dan paling dalam kerana suhunya lebih stabil.

* Jangan penuhkan bekas sehingga ke penutupnya, tinggalkan sedikit ruang untuk membolehkan pengembangan berlaku apabila susu dibekukan


http://irrfiqa.blogspot.com/

http://www.momschoice.com.my/blog

http://whenmayend.blogspot.com/

Rabu, 26 Oktober 2011

Percubaan-Whoopie

Kembali memanaskan oven dan mengasapkan dapur...hehehe... salah satu terapi yang baik tuk ibu2 jugak kn? (iye-iye la tu) Janji jangan terbakar itu dapur ye puan-puan
Dah seminggu jugak gambar ni berjeruk..huhuhu...silap2 dh boleh jadi lauk pekasam kot..

Kita layan gambar dulu..

Thanks to my sista Iera,sudi menembak gambar whoopie ku..pastu sah2 dia kebas


Resepinya SINI dan SINI PON ADA
Ini pulak resepinya (hasil dari bantuan En. Google) semester break ni menyempat saje ibu mengodek resepi...


Hasil kerja penembak amatur yang belum ada sijil...larrriiiiiii
maunya dia merajuk x mau kasi pinjam camera lagi lepas ni..hehehe ;)











Dan ini pulak pujaan hatiku (ala2 slang Aziz Satar dalam citer P.Ramlee)


Ini posing paling manis kalau disuruh senyum
hai adik..ini senyum ke sengih?hihihi
tapi awas...gigi kapak itulah senjata taw..silap teknik ada yang kena ngap..kita pun ngep la jadinya

hari ini Adani 1 Tahun 4 Bulan.. dah besar hero ibu ni,makin manja,lasak n kuat "ngempeng" (persis jawo la kita~hubby ku itu keturunan jawa tp x pernah pulak ku dgr dia berbahasa ngan anak2nya...)
semoga Imam Muda Ahmad Adlyn Wirdas membesar sebagai anak soleh,permata hati ayah & ibu...

Rabu, 19 Oktober 2011

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI

JOM SERTAI KAMI UNTUK SAMA-SAMA MEMPERJUANGAN HAK ANAK-ANAK

RENTETAN DARI
INI
~inilah padahnya bila menulis tanpa ilmu dan rujukan


KEMUDIAN
INI
~suara para pejuang


DAN SETERUSNYA
Berita Harian, please apologize to Human Milk 4 Human Babies - Malaysia Petition | GoPetition
~biar di mana pun kami berada, kami juga seperti ibu-ibu yang lain, inginkan suara kami didengar

Selasa, 20 September 2011

WARNA NAJIS BAYI ????

Jom kita share info mengenai warna najis bayi..kadang-kadang kita mesti nampak najis bayi kita, warna kehijauan (kalau orang tempatan di sini sebut "Senudong"), kadang kala ada juga yang kekuningan...


Greenish-Black and Sticky
AKA: Meconium
Looks Like: Licorice or Tar
A fetal stool, meconium is made of debris left over from amniotic fluid.


Yellow and Seedy
AKA: Breastfed-Baby Poop
Looks Like: Yellow Curdled Milk
Your breast-fed baby's stools are normal and will look like this until you supplement with formula or begin feeding your baby solids.



Tan and Thick
AKA: Formula-Fed-Baby Poop
Looks Like: Hummus
This is the byproduct of formula, either as a baby's full diet or as a supplement to breast milk.



Greenish-Brown
AKA: Introduction-to-Solids Baby Poop
Looks Like: Leftover Guacamole
A mix of table foods, this baby poop is normal.



Watery, Brown, and Loose
AKA: Diarrhea
Looks Like: Watery With Chunks
Frequent, loud, and loose stools could be diarrhea.



Dry, Brown, and Hard
AKA: Constipation
Looks Like: Dirt, Clay, or Pebbles
Hard, pellet-like stools could mean your baby is constipated.



Pinkish-Red
AKA: Artificially Colored Stools
Looks Like: Partially Digested Food
What your baby eats comes out looking much the same as when it went in.



Dark Green
AKA: Iron Supplementation
Looks Like: Thick, Dark Stool
If your baby's stool is dark green, it could be the product of iron supplementation in your baby's diet.



Bright Green
AKA: Foremilk/Hindmilk Imbalance
Looks Like: Green, Frothy Poop
Breast-fed babies who receive more foremilk than hindmilk sometimes have bright green baby poop.



Red-Streaked
AKA: Bloody Stool
Looks Like: A Hard Stool Streaked With Blood or Mucus
Bright red blood on a baby stool could indicate that your baby has small tears, or rectal fissures, around the anus.



Black
AKA: Melena
Looks Like: Black, Thick, or Tarry Stool
Melena is a thick black stool that could contain blood that entered in the upper GI tract.



Chalky White
AKA: Abnormal Stool
Looks Like: Pale, Colorless, or White Stool
A chalky white baby stool could be a sign of a lack of bile, which normally turns a stool brown.



**********************************************************************

Sumber Asal: Anda Tanya, Iffa Jawab: Diaper Decoder versi Iffa@fw-shaklee2u!! ~ Live Better... http://www.sayamahusihat.com/2011/01/anda-tanya-iffa-jawab-diaper-decoder.html#ixzz1ETmH1RiJ



http://www.faheemwardrobe.com - Breastpump @Affordable Price
http://www.sayamahusihat.com - Shaklee Breastfeeding, Confinement & Natural Health Supplement

Isnin, 15 Ogos 2011

Memori...

13th August 2011 @ 4.30pm
Taman Damai, Kg. Layang-Layangan, W.P.Labuan

Memenuhi undangan rakan untuk sesi fotografi kanak-kanak..Auni sejak dimaklumkan nak pegi sesi bergambar tu,bukan main happy dia..maklum je suka sangat ambik gambar..bila kena offer main bubble..lagi lah tak boleh nak cakap..seronok sangat auni...

Jom layan gambar-gambar Auni...


Adani pun join sekaki...


Ini dia uncle2 yang sudi mengajak kami...


nk tempah penembak-penembak ini...boleh ajer...Uncle2 SEKOHGRAPHY ini sedia memberikan perkhidmatan untuk anda

Isnin, 8 Ogos 2011

Dia mula melangkah

6 Ramadhan 2011
TaHa DBayu

~ sedang melayan auni membaca buku..adani seronok bermain seorang diri, aktiviti kegemarannya buka dan tutup laci...panjat n turun katil..

suddenly...

my little boy melangkah 4,5 tapak ke hadapan (sambil menuju ke arah ibu) syukran,alhamdulillah..adani ibu dah mula berjalan sendiri tanpa dibantu...good boy

dia ulang lagi 4,5 kali...seronok kot sebab dia dah rasa macam nak berlari
auni pun setiap kali adani melangkah, siap sorak (sokongan moral) :)

Jumaat, 5 Ogos 2011

Cream Custard Purf


terima kasih uncle Google

Dah lama sebenarnya nak mencuba menu ini...


Resepi di sini

Si Baldu Merah idaman hati

Rata-rata ramai yang dah tau kisah si Red Velvet kan?
Warna merah menyala..rasa pulak..sangat2 sedap (lagi2 buat penggemar keju)

Resepinya ada kt sini



ni antara hasil tangan tak berseni..hehehe...

04 Ramadhan

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana masih diberi kesempatan untuk bertemu Ramadhan, bulan penuh rahmat dan keberkatan...

Hari pertama berpuasa, kami sekeluarga di kampung suami.Berbuka puasa bersama kedua orang mertua..alhamdulillah, walaupun diuji sebab kereta rosak semasa dalam perjalanan balik ke Labuan dan terpaksa bermalam di kampung namun istimewanya kerana ini kali pertama dapat berbuka puasa di hari pertama bersama mertua.Selalu mesti dh seminggu atau hujung-hujung puasa baru dapat balik kampung...

Hari kedua berpuasa, tini dan suami bawa anak-anak ke Bazar Ramadhan di Kg. Layangan, seberang jalan saja..tengok apa yang berkenan di hati..time pose semua ditengok pun nampak sedap?tapi tini beli air Laicikang dan nasi ayam...

Hari ketiga pula, tini dan kawan-kawan sepejabat, Radiah dan Norita pusing-pusing di Bazar Ramadhan sebelah bangunan Perbadanan Labuan.Masyaallah, panasnya cuaca...tini cuma beli air kacang soya segar di gerai kawan tini Kak Tie. Memang pilihan no 1 di hati sebab kalau pergi ke Pasar Tani pun memang beli tauhu,taufu far kat gerai Kak Tie.. Rembat juga nasi kerabu... Tapi rasanya belum kena ngan selera..

Hari keempat~tekak ni terasa nak makan puding pula..jadi dok belek-belek dan cari resepi..Hahaha, itulah ibu ni, bila nak makan mula belek buku resepi..Yang penting taknak yang ada telur ya, sebab Adani ni kalau kena telur mula lah bergaru..

.......
......
.....
....
...
..
.

Jumpa juga akhirnya.Terima kasih kepada penyumbang resepi Firasyira...

.
..
...
~ sampai rumah dah 5.30 petang so, ambik loyang, bubuh gula n panaskan dengan api kecil (direct atas dapur) sambil tu cuci2 gajet penyusuan... Nampak dh keperangan tu tini masukkan sedikit air,letak tepi.... Jalan ke bazar seberang jalan...hehehe...tk nak tinggal,sebab auni dan adani pun nak ikut (ke ibu dia yang tak nak tinggal) Tini jumpa lagi nasi kerabu...(rasa semalam pun nasi kerabu juga kn?) My fav tu...

~ balik dari bazar terus buat Bahan B dan Bahan C.. Sebelum azan Maghrib dah selesai disusun dalam loyang... ada juga letak dalam container...dan ada lagi dalam container kecik (ini untuk auni)
sayangnya tkde kamera..kalau tak leh ambik gambar kenangan..hehehe.. tini letak adunan suku loyang dan container..pastu letak biskut oreo...pastu masukkan lagi adunan selebihnya...sampai itu oreo tenggelam...then letak tepi..agak-agak dah sejuk tu masukkan dalam peti sejuk...

Camna rupanya ya?teringin nak cuba resepi ni pulak..suka resepi dalam blog Pija ni...

psttt..tini x letak susu cair ye..sebab nak bagi adani makan nti...

Jumaat, 29 Julai 2011

CERITA BOLA

terkejut? owh..tidak...hehehe...saya suka tengok gak cuma perlawanan terpilih jer..sebab masa kecik2 dulu bila bapa tengok tv, semua anak2 ni bersusun sekaki depan tv..cuma mama je dok jauh sikit sebab mama tak minat bola...hehehe...

malam tadi berhajat nak buat cookies tapi gara2 semangat sesangat nak menonton perlawanan Tiger vs Lion (boleh??) maka hajat tu to be continue lah jadinya
siap solat n lipat kain, terus ngadap tv...walaupun dah separuh masa pertama masih 0-0 tapi tetap menanti dengan penuh sabar....
(sakit ati juga tengok perlawanan yang penuh drama-dah tu aksi serupa... cedera-datang cik medik-rawatan dalam padang-usung ke luar padang-tup tup lari semula ke dalam padang)
aku tak pandai main bola pun leh sakit hati apa lagi yang tengah main bola kt padang tu...geram ooo... Pengulas tu pun ayat dah semacam x ble blah "ini dia Directornya-tuju khas gitu kat Coach" (kes sakit ati kot sebab kena mengulas benda ulang kali)

keluar juga ayat ibu ni malam tadi ..just wasting my time la kalau macam ni...hehehehe...Auni pun join gak... "Cepat lah gol...dah tu dia tanya kalau kita nak menang kena masukkan bola pintu gol mana Ibu?" hehehe...auni,auni (sambil senyum n buat demo kt tv tunjukkan mana pintu Singa)

Adani?lagi lah penyokong setia..siap demo baling bola ala2 penjaga gol Harimau Malaya, Khairul Fahmi tu...kalau baling bola terus setengah padang... bila suruh kick a ball..apa lagi beria-ia adani menendang...ala2 Safee Sali gitu...bila adani nak start boring..dia g ketuk2 lak tv tu...sebelum pemainan tamat adani dh terlena...anak beranak picnic depan tv...

~tak puas hati sebab Harimau belum tunjuk taring, Singa pula asyik cedera~

Rabu, 27 Julai 2011

SESI BERANGAN

cantik kn?serius...ibu tak mampu nak sediakan untuk Auni sayang...



yang ni boleh tahan harganya..sesuai ngan design nya juga lah...
ni kalau dapat bed ni, bukan Auni je yang tido atas tu..ngan ibu sekaki le jawabnya..
siaplah adani wt excercise naik turun tangga...


yang ini ibu suka,nampak cantik dan simple jer...


yang ni pun lawa...tapi tknk la letak gambar Princess macam tu kat umah kita ye Auni...ingat pesanan ayah..ikutlah seperti Saidatina Aisyah,Siti Khadijah

yang ini ibu suka sangatx3 (nak like 25 kali boleh?)
tapi kalau ada sekarang,memang akan ada kes Boboiboy terjun katil la jawabnya

BILA CIK "R" DATANG MENZIARAH

alhamdulillah, balik keja kelmarin,rasa keja2 kt umah pun dah banyak settle so terfikir nak buat some cookies untuk anak-anak...Last week pun baking juga...Nah, cik R tu dah datang ye? I like 5 juta kali...

Tapi saya ni suka derhaka kat resepi..bab timbang sukat ni memamg selalu escape (suka suki nak buat sukatan sendiri ye ibu?)

Makanya lepas solat maghrib terus saya masak lauk untuk makan malam...tengok bahan-bahan pun ada,alhamdulillah..boleh teruskan operasi...
"Auni tolong ibu ya?" auni dah mula menghidu aktiviti kegemarannya bila saya susu bahan atas meja...Rajin-rajin ya sayang tolong ibu...

Ok, ni bahan-bahan nya....

100gm butter sejuk dipotong dadu...
75gm tepung gandum (disangai)
50gm gula perang
secubit emplex (utk merangupkan biskut- boleh didapati di kedai bahan kek)

sangat ringkas kan? ni resepi kalau untu main masak2 memamg sesuai

Cara-caranya pulak....

Panaskan oven 170'c
cmpur semua bahan ni n terap
bakar 170'c selama 20min ~kena agak suhu sebab lain oven lain panasnya ya


~ mlm tadi tini bahagi 2 adunan tu
1 tini cmpur cornflakes yg diramas halus
1 lagi tini tambahkan sedikit serbuk koko, almond & kurma cincang

~ sayangnya hp cap ayam ni takleh nk upload gambar~ huhuhuh...so sad

1st tray tu auni "tolong" bawakan ke upstairs sementara menunggu sejuk, skali ibu naik atas, tinggal 3,4 ketul je lagi...senyum panjang auni n adani ditemani ayah
kalau macam ni bertambah rajin lah ibu nak buat untuk anak2 nti...
==================================================================================

Pagi ni bangun2 je terus auni tanya ada lagi tk cookies yang auni buat malam td?
saje le nak tangok respond dia bila saya kata cookies dah habis...
nak tau apa auni jawab?
"Ala...ibu buat lah banyak2, auni nak makan lagi..kn ibu sayang auni kn? (siap dgn jelingan ala2 part menggoda tu) ish,ish,ish...auni..auni...pandai nk bodek ibu ya sayang?nti kalau cik R datang lagi kita buat sama2 ya...

Selasa, 26 Julai 2011

IBU @ KEJA

inilah antara detik-detik semasa bersama rakan sekerja....tambah tolak darab bahagi (nk wt kira-kira ke ni)..
hampir 7 tahun saya @ Bomba ni....dari bujang dan sekarang anak dua....

My GuestBook

kawan2 semua yang sudi menziarah blog saya ni sudi-sudi lah Sign My Guestbook ni ye....


Khamis, 21 Julai 2011

PERSEDIAAN MENGHADAPI BULAN RAMADHAN

Tak lama lagi nk masuk bulan Ramadhan...(semoga kita semua dipanjangkan usia agar dapat sama2 merebut ganjaran di bulan Ramadhan yang sangat penuh dengan ganjaranNya)

Harini saya ingin berkongsi maklumat yang satya perolehi dari Kumpulan Ibu2 Menyusukan (KIM) d FB....

Kajian tentang puasa dan penyusuan susu ibu

Satu kajian dilakukan ke atas wanita Afrika berkenaan hubungan puasa dan breastfeeding mendapati isipadu susu yang dihasilkan tidak terjejas sewaktu puasa. Dan sebanyak 90% wanita Afrika yang hamil dan menyusu akan berpuasa semasa Ramadan. Kajian dari Universiti Colorado juga menegaskan puasa tidak memberi kesan kepada penghasilan susu dari segi isipadu dan kepekatannya.

“Metabolic consequences of fasting during Ramadan in pregnant and lactating women.”

http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/6643131?dopt=Abstract

“Effects of fasting, elevated plasma glucose and plasma insulin concentrations on milk secretion in women.”

http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/8254289?dopt=Abstract

Manakala, kajian oleh Universiti Ankara di Turki merumuskan bahawa kekurangan penghasilan susu dan kesan-kesan lain semasa puasa lebih merupakan kepercayaan tersendiri si ibu. Bimbingan agama dan teknikal amat diperlukan untuk membantu golongan ini.

“Fasting by breastfeeding mothers of infants is common during Ramadan, and rates are affected by beliefs of mothers on the effects of fasting on breastfeeding. We believe that child health care providers need to be knowledgeable about religious and cultural phenomena, study the effects of Ramadan fasting and form links with Islamic teachings to find religiously and culturally appropriate methods to combat the possible unfavourable effects for infants and children.”

Attitudes and practices of breastfeeding mothers regarding fasting in Ramadan.

http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/11737021?dopt=Abstract


Syor mengikut rukhsah. Maka, dalam hal ini, rukhsah telah pun diberi. Tiada halangan untuk si ibu berbuka jika risau mudarat kepada dirinya dan bayinya. Jika dia berkeyakinan untuk terus berpuasa tanpa masalah, tiada halangan juga baginya. Isu ini sama seperti rukhsah yang diberikan kepada musafir yakni pemandu bas atau kereta. Tiada faedah baginya berpuasa andai puasa menyebabkannya letih sehingga membahayakan penumpang yang terdiri dari keluarganya yang tersayang.


Syor bagi ibu yang masih risaukan kesan menyusu tapi mahu berpuasa. Golongan ini boleh cuba kaedah breastpump pada sebelah malam dan menyimpan susu tersebut untuk keperluan bayi keesokan hari. Jika masih tidak mampu atau tidak mencukupi, berbuka puasa lebih baik untuknya.

Pandangan serong masyarakat terhadap golongan ibu yang berbuka kerana menyusu tidak dapat dielakkan kerana mereka kurang maklumat. Ia memerlukan masa untuk masyarakat diterangkan dan memahami isu ini. Adalah menjadi anjuran agama untuk si ibu menyusukan anaknya selama dua tahun, dan ia merupakan tugas mulia baginya.

وَوَصَّيْنَا الْإِنسَانَ بِوَالِدَيْهِ حَمَلَتْهُ أُمُّهُ وَهْنًا عَلَى وَهْنٍ وَفِصَالُهُ فِي عَامَيْنِ

أَنِ اشْكُرْ لِي وَلِوَالِدَيْكَ إِلَيَّ الْمَصِيرُ} (14) سورة لقمان

“Dan kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu-bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusukannya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada-KU dan kepada dua orang ibu bapamu, hanya kepada-KU-lah kembalimu.”

Lantaran itu, saya menyokong perjuangan pihak ratuhati.com dalam isu ini.

WaLLAHu A’lam. Wassalam.



Sumber: Abul Harith (2008). Wanita Menyusukan Anak Berpuasa (Breastfeeding). fiqhmedic.wordpress.com.


terima kasih ke atas penulis artikel berkenaan...

Rabu, 20 Julai 2011

KAMI



inilah keluarga kecil kami...
ini dia my little Princess



Nur Qaireen Damia dilahirkan pada 27 Mei 2011 di SMC,Kota Kinabalu

Lama Tak Bersua...

Lama saya tak mencoret di sini..Hati tu nak je mengupdate blog namun kesibukan melanda diri..Saya sedang mencari info menarik untuk disertakan di blog kecil ni...
Alhamdulillah,misi penyusuan 1 tahun telah saya capai,syukur kepada Allah SWT dengan limpah kurnia dan rezekiNya.. (semoga nikmat ini berkekalan dan berpanjangan..
To my little prince, Ahmad Adlyn Wirdas (bak kata Auni~Ahmad Dhani ku sayang)..ibu sayang sangat2 sama kamu...abang (abang????) encem cepat2 besar nti leh g sekolah..
oh ya,saya belum sempat update story adani dah jadi abang...
TUNGGU......

Khamis, 5 Mei 2011


tergoda kerana gambar Macaron kt internet ni berwarna warni..makanya tangan tak kreatif ni nak lah juga mengasah bakat (ada bakat ker?)

udahnya Macaron jadi Mini Burger...hihihi..sah2 tk berbakat

DAPUR BERASAP LAGI?

Sungguh2 lama ibu tk update kn?ibu agak kesibukan ckit akhir2 ni.. Tapi sejak 3,4 hari ni ada mood nk mengasapkan dapur..dah lama oven tu tk berasap kn?Auni ibu tu bijak pandai dia psycho ibu ye..mula2 ajak ayah pegi kedai beli kuih..pastu beli cheese cup cake "Auni nak dua ya ayah..1 untuk ibu.. 1 untuk auni"..bagus anak ibu, beli apa2 pun kena ingat kat ibu juga...

Bila dh jumpa ibu..dia cakap pula.."Tak kenyang kn ibu, kecik ja kuih ni..kalau ibu buat byk2 mesti auni cepat besar kn?cewah..ayat tu cun sgt2 la tu...Makanya, mlm tu juga la ibu ni memenuhi permintaan anak tersayang..Sebab ibu tahu ibu tak punya banyak kelapangan untuk menggembirakan hati auni..so, moga2 dgn cara ni masa kita akan lebih bermanfaat..

Sambil2 buat cup cakes tu boleh la ajak auni tolong2 di dapur..macam biasa, 1 adunan tuk auni n 1 lagi tuk ibu...

Bila oven bunyi je, cepat2 lah auni nk kebas keknya tu ya?Bijak..bijak.. mlm tu je auni dh tolong makan 10pc..hehehe..seronok tengok auni makan..bila letak cream cheese tu makin la bertambah selera auni...

Jumaat, 25 Mac 2011



Alhamdulillah,hari ni 25.03.2011 genap umur Adani 9 bulan...sepanjang tempoh 9 bulan juga Adani dan ibu meneruskan misi penyusuan susu ibu..Syukur alhamdulillah, ibu diberikan kekuatan untuk terus memberikan susu ibu buat Adani, tetapi dalam hati ini ada juga tercalit kekesalan kerana tidak sekuat ini semasa membesarkan Auni dulu. Namun,ibu redha...setiap anak-anak ada rezeki masing-masing..Kegagalan dulu lah yang membuat ibu kuat seperti sekarang. Auni lah pendorong ibu, kerana sekarang Auni yang selalu tolong ibu angkat2 botol,kemas susu untuk adik, ambilkan ibu air bila adik nyusu kt ibu... Terima kasih Auni sayang....

Ibu masih mencari ilmu penyusuan kerana ilmu itu tiada hujungnya...Ibu nak kuat mcm kawan2 ibu di Kumpulan Ibu-Ibu Menyusukan (KIM), nk mcm Kak Farah,kak E-car Nazrin, dan ramai lagi..Ibu selalu lepak kt sini......http://www.sarakids.com/blog/; http://www.diyaluna.com/diary/breastfeeding.... http://susuibu.com...http://ecarnazrin.blogspot.com/

Ibu berdoa semoga ibu sentiasa diberikan kekuatan untuk meneruskan misi ini...Amin

Rabu, 2 Mac 2011

DF oh DF

Hari ni nak cerita apa ya?ibu ni dalam terkejar-kejar nak siapkan assignment menyempat juga nak update cerita ye?Hati ni tengah mengira bajet tuk rembat sebiji DF...syukur alhamdulillah,rezeki Adani EBM dh penuh peti sejuk kat rumah...Ibu bukan tamak nak simpan susu banyak-banyak tapi untuk kegunaan jangka panjang..iye lah kot-kot kena g kursus..ibu tak sihat ke..kena admit kat hospital ke..atau pun umur ibu tak panjang..sekurang-kurangnya dalam mencari ibu susuan tu adalah susu untuk kegunaan Adani..tapi ibu sentiasa berdoa agar ibu dapat menyusukan Adani selama yang mampu..kalau lebih 2 tahun pun ibu sanggup sayang...
Ibu sekarang suka sembang2 ngan kawan kt FB (KIM-Kumpulan Ibu2 Menyusukan) kat sana, ramai otai2 n sifu2...ibu pun nk berjaya cm dorang gak...

Ibu terberkenan ngan deep freezer jenama Midea (huhuhu..dh sempat mencuci mata) tapi ibu kena lah jimat belanja untuk dapatkan DF tu..rage dlm RM 599 (ayah..tolong beli kan utk ibu boleh?)


Isnin, 28 Februari 2011

8 Month



Alhamdulillah,putera ibu ni dh 8 bulan..makin besar n makin aktif..siaplah kalau Adani dh mula berjalan nti,berlari2 lah ibu nk mengejarnya pulak...
Anak ibu ni suka bab jalan-jalan..pantang nampak pakai baju lawa2..ada lah yang berpintal kat kain,tarik2 baju...
Adani,doa ibu moga Adani sentiasa sihat,kuat,rajin2 cm kakak Auni ye..
Misi 2 tahun kita ada lagi 16 bulan sayang..moga kita sama2 mampu meneruskan misi ni ye sayang...mmmmmmmmuuuuuuuuaaaahhhh.. sayang anak-anak ibu...

Rabu, 23 Februari 2011

Panduan sediakan EBM untuk baby

Haba dan kepanasan melampau boleh memusnahkan enzim, antibodi dan komponen-komponen nutrien penting dalam susu ibu. Oleh itu perahan susu ibu yang disejukkan atau dibekukan perlu dicairkan dengan kaedah yang betul untuk mengurangkan kehilangan nutrien daripadanya.



Ikuti langkah-langkah berikut:

1. Untuk susu perahan yang disimpan di bahagian seju...k di dalam peti sejuk;Lalukan bekas/botol susu di bawah aliran air pili untuk beberapa ketika.
Rendam botol di dalam bekas/mangkuk berisi air panas/air didih selama 5 minit. Jika air menjadi sejuk dan susu belum mencapai suhu yang diingini, tukarkan air rendaman dan rendam lagi untuk beberapa ketika.
Jika anda dapati susu di dalam botol terpisah kepada 2 bahagian, goyangkan botol beberapa ketika untuk mencampurkan bahagian2 yang terpisah dan menyamaratakan suhunya.
Rasai suhunya sekali lagi sebelum menyusukan bayi anda

2. Untuk susu perahan yang disimpan di bahagian sejuk beku (freezer);Turunkan beberapa botol (ikut keperluan) susu beku daripada bahagian sejuk beku (freezer) ke rak atas bahagian sejuk di dalam peti sejuk anda pada sebelah malam supaya pencairan boleh berlaku secara perlahan-lahan. Ini juga akan menjimatkan masa pencairan apabila hendak memberikan kepada bayi nanti.
Apabila bersedia untuk memberikannya kepada bayi, keluarkan 1 botol daripada peti sejuk dan cairkan serta panaskan susu seperti langkah 1 di atas.

TIPS PENTING:

Gunakan susu perahan yang paling lama disimpan (pastikan tarikh perahan susu dicatat pada botol/bekas sebelum menyimpan susu). Rujuk artikel Penyimpan Susu Ibu.
Cairkan dan panaskan susu perahan hanya dalam kuantiti yang diperlukan sahaja.
Susu yang sudah dicairkan dan dipanaskan tidak boleh disimpan di dalam peti sejuk semula (walaupun tidak diminum oleh bayi). Susu ini perlu dihabiskan dalam masa 4-6 jam.
Susu perahan yang tidak habis diminum oleh bayi boleh disimpan (dalam suhu bilik) untuk tempoh 2-3 jam dan beri kepada bayi pada penyusuan seterusnya.
Susu beku yang telah diturunkan ke bahagian sejuk peti sejuk tidak boleh dibekukan semula. Susu ini perlu dihabiskan dalam tempoh 24 jam (dikira daripada masa menurunkannya daripada bahagian sejuk beku).
Susu yang telah disimpan di dalam peti sejuk hanya bertahan selama 7 hari. Selepas 7 hari susu yang belum sempat digunakan boleh dinaikkan ke bahagian sejuk beku untuk memanjangkan tempoh penyimpanannya. Tetapi bau dan rasanya mungkin sedikit berubah kerana susu yang disimpan lama di dalam peti sejuk boleh menyerap bau daripada peti sejuk.

TIDAK BOLEH:

TIDAK BOLEH panaskan susu perahan terus di atas api dapur.
TIDAK BOLEH panaskan di dalam ketuhar gelombang mikro (microwave oven).
TIDAK BOLEH didihkan susu perahan.
Sebab & alasan: susu akan menjadi terlalu panas dan boleh mencederakan bayi, komposisi nutrien juga akan termusnah oleh kepanasan melampau.
Susu perahan juga boleh dipanaskan menggunakan pemanas (warmer):






Sumber: askdrsears.com, babyfriendlyhalton.ca, sarakids.com (snow bear warmer)



Lihat seterusnya..

Tips melahirkan suami yang menyokong penyusuan susuibu.

Tips melahirkan suami yang menyokong penyusuan susuibu.


Apa jua yang kita lakukan untuk menjayakan sesuatu memang memerlukan banyak pengorbanan dan kesabaran. Mengambil iktibar dari sirah Rasullah s.a.w bagaimana dan betapa sabarnya Rasullah s.a.w menyebarkan agama Islam selama hayatnya.


Ibu memang suka part yang berkaitan dengan penyusuan susuibu kerana satu kepuasan bagi ibu menjayakan sepenuhnya susuibu buat Addin dan Nasa selama melebihi 2 tahun setiap sorang. Syukur alhamdulillah makin ramai ibu-ibu yang menyedari kebaikan susuibu. Bagi yang belum terbuka hati untuk melahirkan anak seterusnya menyusukan anak dengan susuibu, hanya DOA yang ibu mampu kirimkan setiap hari semoga ALLAH memberikan taufik dan hidayah kepada golongan ini seperti mana yang telah ALLAH berikan kepada semua wanita yang bergelar isteri dan ibu kepada si manja yang disusukan dengan susuibu.



Memang tidak dinafikan setiap orang punyai cabaran menyusu yang berlainan dan percayalah ALLAH berikan mengikut kemampuan kita sebenarnya. Antara cabaran dalam menjayakan penyusuan adalah sokongan dari suami. Terdapat segelintir golongan suami yang memang tidak menyokong si isteri memberikan susuibu pada anaknya atas banyak alasan. Namun bak kata orang tua, sebelum menuding jari kesalahan orang lain, mari kita sama-sama muhasabah diri dimana kesilapan kita.



Bersandarkan entry ibu sebelum ini maka ingin ibu kongsikan beberapa TIPS untuk melahirkan seorang suami yang menyokong si isteri menjayakan penyusuan susuibu buat anaknya.



1.Berkongsi kebaikan susuibu bersama suami.

Apabila anda mempunyai niat untuk menyusukan bayi anda, kerapkan berkongsi info kebaikan susuibu dengan suami anda. Maklumkan kepada suami betapa pentingnya pengaliran susuibu membentuk hati si manja agar menjadi anak yang baik dan mendengar kata. Susuibu juga membantu meningkatkan sistem imun kepada si kecil. Maklumkan juga kepada suami bahawa dengan menjayakan penyusuan secara ekslusif selama 6 bulan pertama sahaja sudah membantu anda menjadi cantik dan punyai bentuk badan asal seperti sebelum mengandung. Ajak suami menghadiri kursus yang berkaitan dengan penyusuan dan banyakkan membeli buku-buku yang berkaitan keibubapaan, penyusuan kerana dengan membaca sendiri akan membantu suami memahami kebaikan dan kepentingan susuibu buat si kecil nanti.



2. Jadilah isteri yang kuat semangat dan energetic.

Elakkan dari merungut keletihan dalam kehidupan seharian. Para suami sebenarnya tidak suka mendengar rungutan dan rengekan yang memeningkan kepala mereka. Lelaki sangat suka wanita yang berdikari dan membuktikan diri mereka super dalam banyak aspek kehidupan. Mak saya selalu bercerita, suami sangat suka jika isteri pandai menguruskan semua urusan rumah dan jika mahu meminta pertolongan dalam membantu urusan rumahtangga bagi yang bekerjaya, minta tolonglah dengan penuh kasih sayang dan hormat dan bukan dengan cara mengherdik atau meninggikan suara. Jika berkemampuan, dapatkan supplement supaya badan kita mendapat cukup zat dan khasiat serta membantu kita kekal aktif. Cuba elakkan menangis berkaitan dengan penyusuan. Adakala suami lebih suka anaknya diberi susu formula kerana tidak suka melihat isterinya menangis kerana susu tersumbat, susu merundum dan sebagainya. Maka si ibu kena kuat semangat dan sentiasa bertenaga membantu suami yakin isterinya boleh menjayakan penyusuan.



3. Berikan layanan terbaik buat suami.

Tidak dinafikan, ibu yang menyusukan anaknya mempunyai masalah kedinginan dan ada juga yang mempunyai masalah ini dengan sangat serius. Ini berlaku lanjutan daripada masalah hormon prolaktin yang lebih tinggi dari progestrone. Namun isteri tidak boleh mengabaikan hak suami. Pernah saya ajukan soalan ini kepada kaunselor peribadi kami, dan beliau menyatakan bahawa punca suami tidak menyokong penyusuan kerana keperluan "bersama" itu tidak diatasi dengan baik. Isteri mengadu tidak punyai mood "bersama" dan isteri mudah lena apabila menyusukan anaknya. Untuk mengatasi masalah ini, para isteri disarankan mengambil supplement yang boleh membantu masalah kedinginan ini iaitu dengan vitamin E serta Alfalfa. Apabila keperluannya dipenuhi, insyaALLAH akan melahirkan suami yang memahami dalam urusan rumahtangga dan hubungan kasih sayang suami isteri lebih terjaga. Apabila seorang isteri itu dekat dengan pencipta, insyaALLAH kita tidak akan memandang remeh tentang masalah keintiman dalam rumahtangga.





4. Jaga penampilan diri

Semua lelaki sangat suka melihat wanita yang cantik dan pandai bergaya. Pastikan dalam menjayakan penyusuan, si ibu menjaga amalan pemakanan seharian, tidur yang mencukupi agar tidak merosakkan kecantikan wajah dan diri yang sedia ada. Tidak dinafikan jika amalan pemakanan tidak dititikberatkan si ibu yang menyusukan anaknya boleh kelihatan murung, nampak kulit yang kusam, rambut yang mudah gugur dan banyak lagi. Amalkan memakan buah setiap hari dalam menu atau dapatkan makanan tambahan yang membantu kita nampak muda seperti vitamin C dan E, memakai wangi-wangian di rumah bukan sekadar bila jalan keluar. Ibu yang menyusu tetapi tidak menjaga penampilan diri boleh menghasilkan bau yang tidak menyenangkan. Elakkan makanan yang boleh menghasilkan bau badan yang kurang enak seperti halba (jika anda melalui situasi ini) kerana ia boleh menghasilkan bau badan yang tidak menyenangkan kepada isteri dan bayi yang disusukan.

Elakkan memakai baju yang lusuh beserta kain batik yang tidak nampak cantik supaya suami hanya tertarik dengan isterinya sahaja walau beribu wanita cantik yang ditemuinya seharian. Pakailah pakaian yang menarik mata dan perhatian suami namun jika hidup serumah dengan mertua, pakailah yang bersopan agar tidak menyebabkan fitnah dan zina mata dengan ahli keluarga yang bukan muhrim.



5. Pandai bahagikan masa untuk suami bermanja.

Bermanja di sini bukanlah semestinya melakukan hubungan intim, namun ia lebih kepada masa kualiti untuk bersembang dan mengenal hati budi masing-masing. Elakkan mencari alasan, bayi mengempeng sehingga tiada masa untuk bermanja bersama suami. Suami adalah ibarat anak kecil yang perlukan perhatian dan belaian kasih sayang. Usahakan sesuatu agar anak tidak mengempeng atau melekat setiap malam. Mak saya kata, kalau kita ada usaha pasti ALLAH bukakan jalan. Si ibu boleh cuba amalkan pemakanan berkhasiat yang kaya dengan protien dan zat vitamin selepas makan malam, agar apabila menyusukan anak, anak mudah kenyang dan tidur dengan lena.





6. Masakkan makanan kegemarannya.

Adakah anda biasa dengar, untuk menjaga kesejahteraan rumah tangga, amalkan menjaga 3 perkara ini untuk suami ....memenuhi 1) keperluan untuk bersama, 2) menjaga makanannya dan 3)menjaga tidurnya. Bagi si surirumah: belajarlah cara2 memasak dengan cepat terutama waktu si kecil tidur. Jika perlu bangkit awal, bangkitlah awal agar dapat menguruskan masa memasak tanpa gangguan. Belajarlah resepi2 yang ringkas tetapi sedap apabila dinikmati. Bagi ibu dan isteri yang bekerjaya kita bekerja atas redha suami maka apa pun yang kita buat perlulah win-win situation. Jika tak larat nak masak, keluarkan sedikit belanja dari gaji untuk membeli makanan. Jika suami kata membazir, katakan padanya sementara sahaja memadangkan hari itu tak larat nak masak. Namun jangan pula minta suami yang keluarkan belanja makan pasti mengamuk sakanlah si suami tadi kerana mengharapkan isteri bekerja membantunya tetapi sebaliknya yang berlaku.





7. Banyakkan berdoa.

Berusaha, berdoa dan bertawakal. Minta dan banyaklah berdoa kepada ALLAH agar mengurniakan suami yang memahami dan bertanggungjawab serta memberi sokongan dalam menjayakan penyusuan. Segala yang saya nyatakan di atas adalah sebahagian usaha untuk melahirkan suami yang menyokong penyusuan. Namun tidak boleh kita lupa taufik hidayah itu datangnya dari ALLAH jua. Semoga atas niat baik kita menyusukan anak tadi ALLAH memberi kelapangan urusan terutama yang melibatkan suami. InsyaALLAH.







Mungkin ada sesetengah suami suka menzahirkan rasa bangganya apabila si isteri menyusukan anaknya. Namun bukan semua suami begitu sebab mulut lelaki dihatinya tetapi hati wanita dimulutnya. Lelaki lebih suka menzahirkan perasaannya melalui perbuatannya maka sebagai isteri kita perlu tahu gaya lenggok suami kita dalam apa jua urusan kehidupan dan rumahtangga.

Akhir kata, saya suka ingin berkongsi pendapat emak saya....katanya dalam rumahtangga, isteri itu ibarat rel keretapi manakala suami adalah keretapi. Hakikatnya isteri yang membentuk keperibadian seorang suami. Maka layanlah suami sebaik mungkin dan letakkan hak suami di tempat yang betul dan utama untuk bahagia dunia dan akhirat.



Sekian, sesungguhnya yang baik datang dari ALLAH dan kekurangan itu adalah dari saya sendiri.