Catatan Ibu

Selasa, 13 November 2012

SUATU HARI ITU AKAN TIBA JUGA

Setiap kali diajukan soalan "Bila Adani nak stop nenen?" Jawapan ringkas dari Adani "Suatu hari nanti..." Pernah suatu ketika sewaktu dalam perjalanan balik ke kampung, Adani langsung tidak minta seperti selalu.. terasa sebak seketika, adakah suatu hari itu telah tiba? Ibu masih belum bersedia sayang... Ayah Adani pun terfikir mungkin hari tersebut adalah suatu hari yang Adani pernah ungkapkan dulu... Tiba-tiba air mata ibu bergenang.. :'(
Tapi malamnya aktiviti ibu dan Adani pulih seperti sediakala.. Oh, Adani nak duga emosi ibu ya? ;)

Hari ini genap 10 hari Adani sudah tidak minta seperti selalu... cuma minta untuk "sekejap sahaja" Memang terlalu sekejap, tak sampai pun 2,3 minit.. Ibu tahu suatu hari itu semakin hampir dan ibu juga harus bersedia..

Ibu dan Adani telah melalui fasa 2 tahun dengan indah, suatu kenangan yang abadi dan tiada nilainya. Hati ini sentiasa berdoa agar kenangan itu akan terus kekal di dalam memori Adani sehingga akhir hayat nanti dan perjuangan penyusuan susu ibu juga akan menjadi perjuangan Auni dan Adani.

Semoga kehadiran insan baru yang berkongsi nafas dengan ibu ini akan menjadi penguat dan penerus pejuangan yang tabah dan cekal seperti kakak Auni dan abang Adani. To my lil caliph, semoga Allah sentiasa melindungi dirimu sayang... Buat dirinya yang pernah bersama kami "Ibu sentiasa rindu pada kamu sayang" 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan