Catatan Ibu

Rabu, 11 Julai 2012

Perpisahan itu ~Bahagian 3 (Akhir)

22 Jun 2012 (Jumaat)
Ibu bekerja seperti selalu, tapi sejak ibu keluar dari hospital tempoh hari ibu dh mula kurangkan pergerakkan (lebih banyak duduk di tempat sendiri) sebab bila ibu letih atau banyak berfikir tiba-tiba bleeding lagi..adik, bertahan ya sayang..adik kuat macam ibu juga kan.. Ibu kerap ajak adik berbual, bagi semangat kat adik (sebenarnya nak bagi semangat untuk diri sendiri juga)
Petang itu ibu rasa tak selesa, sakit pinggang lah pulak...untuk sedapkan hati sendiri mungkin tulang nak membesar untuk persediaan baby..ibu cuba untuk tidak memikirkan sakit itu dan cuba siapkan kerja sebanyak yang boleh (macam ibu dapat rasakan mungkin ibu harus bercuti selepas ini, kot2 kena bedrest lepas jumpa pakar nanti)

Namun...bila sesuatu yang pelik keluar selepas Maghrib hati ini bertambah risau, jatuh lagi air mata ibu, kerana ibu dapat rasakan perpisahan itu tiba..ibu menangis semahunya tapi dalam masa yang sama ibu tetap berharap adik baik-baik saja di dalam...Malam itu ibu berdoa ditemani air mata hingga terlena..

"Andai dia untukku aku mohon padaMu kuatkan semangatnya, berikan dia kesihatan dan kekuatan, tapi, andai di sini berakhirnya perjuangannya, aku redha kerana aku tahu Allah lebih sayangkan dia.. Adik, ibu bukan mengalah namun ibu tahu Dia lebih mengetahui apa yang terbaik buat kamu sayang, bertahanlah semampu kamu kerana ibu juga bertahan demi kamu sayang"


23 Jun 2012 (Sabtu)
Selepas Subuh ibu mula mengemas pakaian dan barang untuk ke hospital, ibu perlu diperiksa..demi adik ibu rela digodek2 lagi walaupun ibu takut sayang..ibu tahu adik kuat, sebab itu ibu kena tabah dan sabar untuk lalui semua ini..
Syukur alhamdulillah, doktor yang dapat scan adik minggu lepas duty pagi ini, sekali scan sahaja doktor beritahu adik masih ada namun ibu diberi pilihan untuk "isi ubat" atau "tunggu sehingga tarikh janjitemu dengan pakar 27 Jun nti"..Apakah pilihan yang ibu ada sayang?Ibu akan bertahan untuk adik, berjanjilah sayang adik akan bertahan untuk ibu juga..
Ibu ambil keputusan untuk tunggu sehingga janjitemu nanti, ibu akan teruskan perjuangan ini adik, demi adik kerana Allah sentiasa bersama kita.. Ibu tak perlu admit lagi kerana ibu nak rehat di rumah sahaja dan doktor berikan ibu MC sehingga terikh janjitemu itu..

02:00 petang ~Kesakitan itu datang tiba-tiba, seolah-olah contraction hendak bersalin... Ya Allah, selamatkan anakku ini, perlihara adik sebaiknya..adik, bertahan sayang..bertahan untuk ibu,ayah,kakak dan abang.. Ayah tak ada di rumah, ada kelas gantian, ibu cuma mampu berbaring dan berdoa agar kesakitan itu pergi segera..

Jika adik hendak pergi, ibu relakan sayang namun ibu mohon biarlah adik pergi tanpa adik disakiti atau dilukai..

03:30 petang ~Sakit itu bertambah dan disertai dengan pendarahan yang lebih serius..sakit tidak terkata disertai ketakutan di dalam hati ibu..Ibu takut adik tinggalkan ibu... :'(
Dalam kesakitan itu hanya doa menemani..ibu memohon padaNya agar adik bertahan untuk ibu dan ibu dah redhakan andai adik cuma hadir untuk seketika..

06:40 petang ~Ayah ajak ke hospital kerana risau pendarahan yang ibu alami, mujur angah dan adik datang menziarah..Auni dan Adani naik kereta angah untuk membeli beberapa barang untuk ibu di hospital nanti, manakala ibu bersama ayah terus ke hospital..air mata ini bertakung kerana takut adik tidak dapat bertahan..
Tiba di ruang Emergency, ibu lihat ramai orang hingga tiada kerusi lagi yang kosong..ibu terus ke kaunter dan meminta untuk segera diperiksa namun ibu harus tunggu hingga giliran ibu dipanggil... dalam sakit itu mana mungkin ibu bertahan sayang..ibu meluru ke ruang dalam (kebetulan ada beberapa kenalan bertugas malam tu) Ibu terus dibawa ke bilik Pegawai Perubatan bertugas, rehat di sana beberapa ketika..penantian itu agak menyeksakan,,walaupun sakit on off namun ibu sempat bersoal jawab dengan doktor...

08:30 malam ~Ibu dibawa ke Wad Bersalin & Sakit Puan dan seperti biasa perlu bertukar pakaian dan beberapa ujian.. Setelah hampir sejam berehat dan menunggu doktor, ibu dipanggil untuk diperiksa..
Doktor terkejut kena baru pagi tadi ibu berjumpa dia.. "What happen mommy?..dan doktor mula kuliah petang sebab ibu berkeras nak tunggu tarikh janjitemu, mungkin pagi tadi doktor dah tau adik tak kuat lagi.... .apabila doktor scan, ibu dah tak nampak monitor, ibu pandang doktor dan dia hanya senyum... Jururawat dan ambil sesuatu yang belum pernah ibu tengok... Sebelum ini hanya mulut itik yang plastik tapi kali ini macam besi...berdebar hati ibu sayang...Tapi doktor ajak ibu berbual semasa memeriksa, mungkin itu cara untuk menenangkan pesakit macam ibu ni..

Doktor suruh ibu batuk 2,3 kali..dan akhirnya 9:30mlm dia tunjukkan sesuatu kat ibu, "this is your fetus"..adik sudah tiada ;'(   Terasa jantung ini berhenti berdetik, ibu tak mampu menahan air mata lagi sayang, seolah-olah separuh hati ini melayang..ibu bermimpi kan sayang?ini cuma mimpi ibu..

"U nak tanam ke?" soal doktor.. "Yes,thanks doctor" pantas ibu menjawab..walaupun adik masih tiada bentuk tapi ibu tahu itu adik...anak yang ibu bawa selama 3 bulan ini bersama ke mana sahaja, adik yang selalu abang Adani ajak berbual, yang selalu kakak Auni ajar berdoa...
Ya Allah, aku bersyukur kerana pinjamanMu ini membahagiakan kami sekeluarga, dia hadir dalam kebahagian dan kegembiraan dan bila dia pergi Engkau telah tunaikan permintaan ku agar dia pergi dalam bentuk yang sempurna dan tanpa disakiti dan dilukai (tanpa perlu isi ubat atau DnC)


Adik sayang, terima kasih kerana hadir menyinari dan membahagiakan ibu,ayah,kakak dan abang.. Terima kasih untuk kehadiran yang terlalu mengembirakan, ibu redhakan perpisahan ini kerana ibu tahu Allah inginkan yang terbaik untuk kita..Insyaallah kita akan bersua dan bersama nanti, doakan kami untuk bersama adik di Syurga nanti..
Ibu sentiasa mendoakan adik, hadirilah selalu di hati ibu, dalam mimpi ibu dan dekat bersama ibu kerana ruang itu sentiasa untuk adik sayang...

Al-Fatihah buat permata hati ibu, penghuni Syurga

Mulai malam itu, tidur ibu sudah tiada berteman, sudah tiada pelukan dari adik... ibu sendiri lagi :'(
Kuatkan imanku untuk meneruskan hari-hari mendatang...

(Adik, abang Adani selalu peluk perut ibu dan panggil adik...Seperti selalu abang akan ajak adik nenen sama-sama...  Kakak Auni pulak selalu tanya kenapa Allah ambil adik..suatu hari nanti kakak & abang akan tahu mereka ada adik yang menunggu di Syurga)

2 ulasan: