Catatan Ibu

Rabu, 23 Februari 2011

20 Perkara Perlu Tahu Tentang Penyusuan

Dari Sumber Majalah PA&MA Ogos 2008



1. Penyusuan pertama seelok2nya dilakukan secepat mungkin slps bayi dilahirkan,utk meransang penghasilan dan pengeluaran

2. Sebelum menyusukan bayi,ibu haruslah melembutkan payudara dgn meletakkan tuala hangat pada payu dara

3.Susu badan mengandungi 87.5 peratus air.Oleh itu,bykkan minom air sekurangnya enam hingga lapan gelas sehari.

4.Semakin kerap ibu menyuskan bayinya, semakin banyak susu dihasilkan.

5.Sepanjang tempoh menyusu, bayi akan mkn apa saja makanan yang dimkan oleh ibunya.Ibu harus mengawal mengambilan kafein, gula krn ia mudah meresap dlm tubuh

6.Ibu2 digalakkan kerap menyusukan anak waktu mlm kerana tahap prolaktin tinggi

7.Mencuci payudara dgn air suam adalah terbaik

8.Payudara yg penuh dan tidak diperah akan menyebabkan bengkak dan rasa tidak selesa

9.Bayi yg minom susu ibu secara eksklusif jarang diserang penyakit krn susu ibu mengandungi antibody yg berupaya melawan penyakit

10.Vitamin A,B komples,C dan Asid folik antara vitamin penting perlu semasa menyusukan bayi

11.Susu ibu lebih mudah dihadam berbanding susu formula

12.Menyusukan bayi dgn susu badan akan membantu tubuh ibu kembali ke bentuk asal dgn lebih cepat

13.Susu ibu berupaya meningkatkan perkembangan otak dan kognitif bayi

14.Hormon oxytocin yg terkandung dlm susu ibu membantu mengecutkan rahim

15.80 peratus sel dlm susu ibu terdiri drpd 'makrofaj'. Sel tersebut berfungsi utk mbunuh bakteria,fungus dan virus

16.Menyusukan bayi dgn susu ibu mengurangkan risiko obesiti dikalangan kanak kanak

17.Susu ibu menyediakan nisbah kandungan lemak,karbohidrat,dan protein yg tepat utk keperluan bayi mengikut tahap umur mereka

18.Ibu yg menyusu tidak boleh mengambil ubat-ubatan tanpa nasihat doktor

19.Ibu yg menyusukan secara eksklusif akan kerap lapar

20. Ibu hendaklah berhati hati semasa mencuci payudara.Elakkan drpd menyapu sabun pd bghn aerola dan puting

Tiada ulasan:

Catat Ulasan