Catatan Ibu

Khamis, 17 Oktober 2013

Kelahiran Putera~Bahagian 1


Agak lama Tini mengambil masa untuk mencatatkan cerita putera seorang ni :)
Dah lama jejari rindu untuk menaip tapi apakan daya...taip sikit save..esok sambung sikit..save... sudahnya jadi cerita terperap la pula...


13 Jun 2013 (Khamis)

Sejak dua hari ni, Tini sudah mula rasa kurang selesa (sakit pinggang lain macam)
Tapi bila memikirkan EDD ada kurang dari 2 minggu lagi, Tini lebih santai sahaja. Padahal dalam hati kalau boleh semua kerja nak diselesaikan segera.

Berpandukan pengalaman lalu, kakak Auni dilahirkan 2 hari sebelum EDD dan abang Adani sehari sebelum EDD. Namun Allah Lebih Mengetahui apa yang terbaik buat semua.. EDD hanya anggaran dan bukan tarikh tamat tempoh 

Lebih kurang jam 9 pagi, sewaktu di pejabat tanda sudah hadir.. Gulp.. Tini harus bersedia tapi untuk ke hospital belum lagi buat masa ini. Tini kena selesaikan beberapa tugasan sebelum bercuti, masa ni lah terfikir nota serah tugas belum siap.. Tini sms suami untuk makluman keadaan.. Tidak lupa minta pendapat rakan dari Gentle Birth Group, sis Nadine Ghows.

Sambil melayan surge Tini perhatikan kekerapannya.. berselang setiap 5 minit. Bila surge datang Tini bawa jalan-jalan keliling opis, bawa makan, minum dan sembang-sembang dengan rakan sekerja dan paling penting pernafasan secara hypnobirth. Masa ni dorang sibuk dengan persiapan majlis APC pada kesesokan hari. Dalam pada tu sempat bergurau kalau takda esok tu maknanya MC lah yea... Ada yang dah perhati hidung dah merah lain macam.. ;)

Balik rumah masih buat seperti selalu, selesai solat Maghrib sempat extra tailor sitting.. semakin kerap surge malam tu dan Tini dapat rasakan masanya hampir tiba..Sempat melepak seketika di GBG sambil menimba ilmu yang ada. Makan malam tu Tini ambik lebih sedikit sebab Tini kena bersedia untuk tenaga semasa proses melahirkan nanti. Air zam-zam dan kurma sentiasa Tini amalkan dan saat-saat macam ni Tini sudah tak mampu memberi tumpuan untuk kakak Auni dan abang Adani.

Tini cuba merehatkan diri seawal yang mungkin dan ajak anak-anak tidur awal. Siap pesanan penaja "Kakak dan abang kena tidur awal, mana tau esok pagi bangun ja sudah ada baby adik..." Tapi biasalah ada sesi soal jawab la dengan anak-anak...

Dalam hati taknak kira surge tapi mata asyik pandang hp. kira jarak dan kekerapan surge. Alhamdulillah, dalam pada surge setiap 5 minit dan purata 40 saat setiap kali, Tinimasih dapat melelapkan mata biarpun terjaga saat surge itu tiba.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan